Tuesday, December 30, 2008

Pertandingan merekabentuk kulit buku


InsyAllah,dalam tahun 2009 cita-cita saya untuk menerbitkan buku peribadi saya akan tercapai.Sama-sama kita doakan ianya menjadi kenyataan.Perbincangan awal telah berjaya diadakan dan saya mengharapkan keadaan yang terbaik.Saya hanya mampu merancang.Kuasa penentuan di tangan pemegang alam.Semoga doa saya diberkati.Terlebih dahulu, adalah niat saya ini hanyalah untuk menyumbang pada masyarakat bagi berkongsi ilmu dan maklumat yang saya ada.Jadi untuk membuktikan saya ingin benar berkongsi kesyukuran ini,saya menjemput anda-anda untuk menyertai pertandingan merekabentuk kulit buku bertajuk DEAN OF INTERIOR.Pemenang yang terpilih akan mendapat satu sesi konsultansi dan makan malam secara percuma dengan saya.Jadi untuk itu.anda boleh memulakan penyertaan anda dan hantarkan rekaan anda ke alamat e mail deandaud@yahoo.com. Terima kasih atas minat anda

Thursday, December 25, 2008

Tahun Baru,rumah baru trend baru azam pun baru


Pejam celik-pejam celik,tahun baru menjelma lagi.Kebiasaannya hujung-hujung tahun sebegini,bonus merupakan topic yang amat sensasi untuk dibualkan.Apabila berbicara berkenaan bonus,tentu banyak ‘wishlist’ yang bermain dikepala.perabut baru,percutian, barangan berjenama,kereta baru,senak kepala memikirkan aturgaya perbelanjaan,bercerita berkenaan ‘BARU’,saya dan keluarga juga baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan baru.sebagai seorang jurureka bentuk dalaman,keluarga amat berharap saya mengeluarkan rekaan dan panduan baru terkini dalam menata gaya seisi rumah,tetapi secara berterus terang saya nyatakan,bajet merupakan halangan utama dalam melunaskan segala perancangan.Nasib baiklah saya mendapat perkenan dari ahli keluarga yang lain untuk sama-sama mengeluarkan modal bagi menyediakan berberapa barangan yang akan disuai-padankan dengan ruang dalam rumah kami.Seperti biasa,kakak dan adik saya juga telah dipujuk untuk menyumbangkan dana dalam menyiapkan bajet 2009.(macam sidang parlimen kan?)saya suka sekali mengingatkan pembaca sekalian,sebenarnya untuk mendapatkan ruang dalaman yang menarik, perbelanjaan bukan semestinya besar,yang penting minat yang mendalam.
Bercakap tentang minat,,saya mempunyai cerita berkenaan rakan baik saya,izwan yang akan masuk ke rumah baru pada awal tahun hadapan.Yang menariknya cerita berkenaan izwan ini,walaupun beliau telah menggunakan khidmat konsultansi dari saya dan beliau bukan berada dalam bidang ini, oleh kerana minatnya yang mendalam,beliau sanggup bersengkang mata setiap hari,setiap malam bagi memastikan renovasi rumahnya berjalan lancar.Hampir setiap kali habis tugasan dipejabat,beliau akan ke rumah barunya untuk memeriksa status rumah barunya yang sedang direnovasi dan setiap malam juga beliau akan ke merata-rata tempat mencari perabut dan kemasan untuk rumah nya. beliau juga akan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan berdiskusi sekiranya bertemu dengan sesuatu yang menarik perhatiannya.Secara berseloroh saya pernah bertanya “tak penat ke melakukan kerja sehingga lewat malam? Macam part time kontraktor dah?” dan jawapan yang agak mudah bagi beliau adalah”sekiranya kita minat,tiada apa yang memenatkan”. Saya agak teruja dengan persepsi beliau dan saya yakin ramai pembaca yang berminat pada rekaan dalaman juga tidak berkira dalam melakukan pengubahsuaian dari sudut masa dan tenaga.
Berbalik kepada focus asal yang ingin saya kongsikan dengan pembaca dalam sembang pereka kali ini adalah trend dan interior fesyen yang baru.Setiap tahun,jurureka dalaman akan sibuk membuat ramalan dan teka-teki berkenaan trend yang akan memasuki pasaran bagi tahun hadapan.Masing-masing lagak gayanya bagaikan tok nujum.saya juga tak terkecuali meramalkan apa yang panas dan apa yang sejuk tahun hadapan.
Melalui pengalaman saya sebagai jurureka dalaman,satu petua yang ingin saya kongsikan bersama pembaca(ini formula saya sendiri)sekiranya kita ingin meramalkan kemasukan gaya dan trend baru,samada dari sudut warna,tekstur atau potongan gaya,apa yang kita boleh lakukan adalah melihat kepada gaya fesyen pakaian yang popular,kerana dekor dan fesyen pakaian bergerak selari Cuma bezanya adalah “time limit”.peredaran fesyen pakaian lebih laju dari dekorasi.Sekiranya tahun ini gaya dan fesyen pakaian menjurus pada gaya retro,tahun hadapan,rekaan dalaman berunsur retro akan masuk pasaran dan sekiranya fesyen sophisticated,makanya trend itu juga akan menyusul tahun berikutnya.dan dari permerhatian saya,tahun ini,’blink-blink’ amat menguasai pasaran.justeru itu saya meramalkan hiasan tahun hadapan akan meriah dengan permukaan bersinar dan mengerlip.
Hiasan penuh glamour akan mendepani pesaing-pesaing lain.bayangkan sarung bantal yang penuh berlabuci,pasu yang mempunyai kemasan emas,perak,gangsa dan segala-galanya yang penuh refleksi.warna-warna ‘glamour’ susun atur bagaikan diva(mewah dan menggiurkan) dan ada yang mengatakan rekaan ‘over the top’.Ini antara trend yang akan menangkap minat pada masa terdekat.Langsir juga menuntut untuk ditatarias mengikut jenis fabric yang bersinar seperti kain taffeta,organza,dan sutera thai.sekali pandang kelihatan sepeti gaun malam yang dipakai di atas permaidani merah oleh bintang-bintang filem Hollywood.Penggunaan Kristal sebagai aksesori tambahan untuk pemidang atau lampu meja juga akan memperkuatkan ‘statement’ rekaan.Chandelier juga menjadi kembali popular dan sinonim dengan ruang dalaman.semua ini memberikan impak glamour dan menonjol.sengaja dibiarkan penggunaan cermin sebagai kemasan perabut menggantikan laminated finishes.ini bagi memberikan satu lagi bisikan mewah dan glam.Bagi yang peka pada persekitaran, pasti anda akan perasan,wall paper juga pada masa kini menyediakan pilihan untuk di tatah dengan batu-batu swarovski.Hebat bukan? Nampak grandeur. Dan saya namakan gaya ini ‘Blink-blink Glam’. Saya pernah juga berseloroh dengan rakan mengatakan tahun hadapan,gaya dayang nurfaizah akan mempengaruhi ruang dalaman(Iya lah,kan dayang nurfaizah sering bermandikan kilauan dan permata.Jangan marah dayang juga merupakan seorang penyanyi yang peka pada fesyen dan ini mebuatkan saya agak kagum dengan citarasanya)
Mungkin ini merupakan ramalan sahaja.Tetapi seperti yang saya pernah nyatakan dalam artikel saya terdahulu.Saya berharap benar satu hari nanti masyarakat yang peka pada ruang dalaman akan menghargai usaha saya untuk memperkenalkan fahaman’Interior fashion’.iaini pertukaran dekor yang kerap dan tidak memerlukan perbelanjaan besar(Sila rujuk artikel ‘Design to what’s next)
Azam.Setiap tahun memang menjadi lumrah setiap mereka yang mempunyai cita-cita akan berazam menjadi lebih baik dari sebelumnya.kalau diikutkan azam banyak betul perkara yang saya telah azam kan.Namun saya tetap bersyukur dengan pencapaian saya selama ini sungguhpun tidak sebesar mana.Saya faham,menjadi sesorang yang berjaya,bukan di diukur melalui destinasi tetapi perjalanan yang dilalui.Untuk itu saya benar-benar berusaha bagi menghasilkan sesuatu untuk disumbangkan kepada masyarakat dalam tahun 2009 ini(maklumlah tarikh mengakhiri zaman-zaman hidup berseorangan sudah semakin hampir)Saya harap pembaca semua mendoakan kejayaan saya mengumpul dan mengkompilasikan maklumat-maklumat penting berkenaan dunia dekorasi untuk memudahkan pembaca sekalian merujuk dan menambah ilmu.semoga azam dan cita-cita saya menghasilkan sebuah buku dekorasi tercapai dalam tahun 2009 ini.Bukan mudah memenuhi selera dan tuntutan pasaran pada masa ini dan oleh yang demikaan saya harap doa dan sokongan anda semua membuka jalan dan lembaran baru buat saya.Amin.
Baiklah saya mengucapkan selamat tahun baru dan semoga tahun hadapan membawa kegemilangan dalam hidup anda semua.Fahami individu disekeliling anda melalui ruang personal mereka.semoga ini akan lebih membuka mata dan fikiran kita untuk mendekati hiasan dalaman dengan lebih terperinci lagi.

Thursday, October 23, 2008

rentetan Design to What's next


Ingat lagi text saya sebelum ni berkenaan Design to What's next.. aha... ni sambungan penuhnya.......



Saya sering cuba meneliti diri dan ruang kehidupan.Selalunya saya bertanya dalam diri.Aku ni ikut peredaran zaman ke atau aku ketinggalan dalam menjustifikasi kehidupan.Saya amat risau jika saya membuat keputusan dalam konsultansi konsep.Apa yang membuat saya risau adalah sekiranya saya memberi advise yang sudah ketinggalan zaman.Sebaik mungkin saya cuba memberi perkhidmatan atau cadangan yang ‘up to date’ atau orang kata panas dari ketuhar. Tapi cukupkah dengan hanya mengikut trend terkini?

Satu hari tiba-tiba saya berfikir.Alamak!Tamakkah saya? Dah tak tau rasa puas dengan hanya mengikut trend.Inilah lumrah manusia.Takkan puas dengan apa yang ada didepan mata.Namun hikmahnya ada.Jawapn yang selama ini saya cari-cari terjawab dengan sendirinya.Kita hendaklah setapak kehadapan dari pesaing-pesaing dan orang-orang sekeliling.Ermmmmmm.. tentunya inilah yang selalu difikir-fikir oleh mereka yang Berjaya dalam mewujudkan empayar mereka sendiri.

Saya mula mencari-cari tapak dalam melakukan pembaharuan.Memang sukar tapi inilah hakikat.Satu yang baru bukan mudah diterima semua orang.Hanya berbekalkan keyakinan dan kepercayaan diri barulah kita boleh menyakinkan orang lain bahawa idea kita ini adalah yang amat kehadapan dan terbaik(wah! bunyi nya macam pakar motivasi)

Kali ini saya akan menulis secara general.secara peribadinya saya cuba merungkaikan potensi kita dalam membuat keputusan.Ini berkaitan juga dengan keupayaan pembaca dalam menentukan hiasan dalaman rumah.sengaja saya membuat pembuka kata kali ini dalam suasana yang Nampak lebih cerdik pandai(ooppsss..jangan salah sangka, bukan mengaku pandai)

Saya percaya,ada antara pembaca yang kerap merasa bosan dalam ruang sendiri.Kadang-kadang kita jemu kerna kita telah terbiasa dengan ruang dalam kita sendiri.mengikut perbincangan saya dengan rakan-rakan designer yang lain,mereka sering mengeluh bosan .Celik-celik mata Nampak perabut yang sama,Nampak hiasan yang sama.Tiap-tiap hari pula tu.Wahhhh! saya kat.. Kau ni Paris Hilton ker? Banyak betul duit nak tukar perabut tiap-tiap minggu.Besar ketawa kawan saya.Kami sembang lagi.Akhirnya saya kata,Kita kena lebih berpandangan jauh.konklusi yang saya dapat dari perbualan itu adalah memperkenalkan satu pembawakan baru bagi ruang dalaman.Saya berminat memperkenalkan fesyen baru dalam aliran ini.seperti yang saya telah cuba terangkan dalam artikel pertama saya –Interior Fashion.Apa maknanya kata kawan saya lagi.Sebenarnya kita kena berani membuat pembaharuan. Selama ini,persepsi masyarakat pada dunia rekebentuk dalaman,kita hendaklah meluahkan idea agar idea itu kekal segar malar atau tidak cepat basi.

Mungkin dahulu saya setuju dengan pandangan ini.Tetapi tidak lagi sekarang.Kita kena prihatin dengan kehendak dan perubahan gaya terkini.barulah ini yang yang digelar ‘Design to What’s next?.Dalam kehidupan harian kita pun,masyarakat sudah mula memilih dalam berpakaian,fesyen cepat berubah.Kita kena cuba mengaplikasi cara ini dalam dunia rekebentuk dalaman.Kawan saya cuba membalas semula fakta saya.Dia cuba tanya saya semula.banyak sangat ker duit orang untuk tukar perabut selalu.saya jawab spontan.Siapa kata pasal perabut.Mesti ke ruang dalaman di kaitkan dengan perabut sahaja.aksesori adalah element utama dalam menata rias ruang dalaman.Kita harus tau, 60% runag dalaman kita dimanupulasi oleh aksesori bukan hanya perabut(saya bercakap untuk ruang dalaman sesebuah rumah secara general)mungkin ada sesetangah ruang dalaman hanya mempunyai aksesori minimalist.Tapi inilah pembaharuan yang saya cuba gazetkan.Minimakankan penggunaan perabut.maksimumkan aplikasi aksesori dan hasilnya kita boleh menukar penampilan ruang dalaman kita dengan lebih kerap.

Bayangkan minggu ini tema warna ruang tamu kita lilac. Banyak aksesori lilac akan menghiasi ruang tamu kita. Dari langsir bewarna ungu,lilin bewarna violet dan bantal kecil bewarna kundang..manis kan?minggu depan mungkin kita boleh menukar tema warna dan penggunaan kemasan.mungkin pada ruang yang sama, kita tukar langsir kepada romanblind bewarna mocha,lilin digantikan dengan lampu aras meja,bantal diganti dengan aksesori bolster bersekuin.Hasilnya pasti amat berbeza setiap minggu.itu antara experiment mudah yang kita boleh lakukan.Saya amat berbesar hati sekiranya idea ini diguna pakai secara meluas.

Tidak cukup dengan itu,saya masih lagi memikirkan pembawakan baru dalam dunia rekebentuk dalaman.Kawan yang sama juga ada bertanya,Banyak betul angan-angan saya.tapi apakan daya, memang itulah cara untuk kita cari makan. Kena selangkah kehadapan dari orang lain. Saya kena perah otak untuk membuat kelainan dan membezakan deandaud dan pereka lain.mereka pasti ada kelebihan masing-masing dan saya masih mengejar peluang untuk membina empayar dan tag nama saya sendiri.

Simpan Atau sembunyi


Ketika menyusun barang-barang anda, perkara pertama yang anda kena faham adalah,setelah menyimpan, adakah mudah untuk mendapatkannya?maknanya apabila kita mencari barang-barang kita yang telah kita simpan,adakah kita terpaksa menyelongkar semula untuk mencarinya?Bunyi nya agak selalu dengar kan? Inilah kebiasaan yang kita lakukan.(kadang-kadang saya pun berselerak apabila mencari barang)Inilah yang saya cuba atasi dan antara kaedah guna pakai yang saya dapati berkesan adalah system label.Setelah kita menyimpan barang-barang,perkara pertama yang dapat memudahkan kita apabila mencari semula barang-barang kita adalah meletakkan label pada kotak simpanan.kaedah ini juga elok diaplikasikan pada barang-barang didalam kabinet dapur kita.barulah tak ‘menjajor’ mencari barang apabila diperlukan.mana letak garam,mana letak kunyit,mana simpan sudu mana simpan cetak kuih

Fokus kepada tajuk saya-simpan atau sembunyi. Saya rasa,pembaca harus faham,konsep menyimpan barang adalah meletakkan ianya untuk berada dalam keadaan yang baik dan mudah untuk diambil apabila ingin menggunakannya.pada hari ini,banyak syarikat perabut dan system penyimpanan memperkenalkan konsep menyimpan barang tetapi tidak secara sembunyi.trend membuat almari pakaian yang agak semi transparent pada kemasan pintu atau sesetengahnya memperkenalkan sistem walk in wardrobe.ini membuktikan penerimaan pengguna terhadap ideologi~ menyimpan bukan menyembunyikan dari pandangan.Kalau kita semua perasan,konsep open shelf sudah meluas digunakan.Dahulu kala kita akan meletakkan semua barangan kita didalam almari dan ditutup rapat-rapat supaya terhindar dari pandanga orang lain.Kaedah ini mudah diselanggarakan kerana jika barangan kita tidak terlalu teratur,hanya kita sahaja yang mengetahuinya.Ini yang saya gelar sembunyikan.Berbeza dengan kaedah kedua iaitu meletakkan barangan kita dan menyusunnya sambil memastikan ianya dalam keadaan sentiasa teratur.Ini pula adalah kaedah menyimpan.Jadi saya sdeang mengkaji masyarakat kita suka simpan atau sembunyi?terpulang lah pada penerimaan pembaca sekalian. Kedua-duanya ada pro dan kontra.

Bercerita berkenaan isu kita kali ini, yang saya ingin kongsikan cerita berkenaan arwah nenek tiri saya,tergelak saya memikirkan satu masa dahulu,orang-orang memang gemar menjadikan “harta pusaka” sebagai hiasan dalaman mereka.saya kerap bertanya pada mama saya dahulu dan saya masih belum faham sampai sekarang,kenapa ramai dari masyarakat kita gemar menjadikan pinggan mangkuk sebagai pameran diruang tamu?bagilah apa jawapan sekali pun,saya tetap kurang bersetuju.kalau nak pun mungkin pameran pinggan mangkuk ini sesuai di buat dikedai yang menjual pinggan mangkuk atau disudut dapur bukan di ruang tamu.Berbalik kepada cerita arwah nenek saya,kegemaran nya pun sama,menyusun pinggan mangkuk yang berbagai warna untuk pameran DI RUANG TAMU.ermmm.. siapalah saya ketika itu untuk mempersoalkan kesesuaiannya.Sebenarnya hal ini bukanlah salah mandatory tetapi ‘kureng sesuwei”… bayangkan lah apa fungsi dan kaitan pinggan mangkuk dengan ruang meyambut tetamu? Nanti kalau tetamu lapar sebab Nampak pinggan mangkuk, kan satu kerja kita nak kena hidangkan makanan untuk mereka.Lain lah kalau nak letakkan di ruang dapur atau paling-paling pun letakkan di ruang makan(dining area).harapnya selepas ini, bagi mereka-mereka yang teringin meletakkan pinggan mangkuk,sudip dan kuali yang mahal-mahal tu diruang tamu, sila fikirkan semula.Bukan nak jadi ‘kepochi’ tetapi saya rasa ini adalah tanggungjawab saya dalam mendidik pembaca sekalian(jangan ambil hati)

Tidak habis disitu sahaja cerita berkenaan pameran arwah nenek saya ini,dia seorang yang kreatif,antara aktiviti yang sering dia lakukan adalah membuat bunga dari bahan-bahan terbuang(walaupun terpaksa membeli sesetengah dari barangan itu) memang banyak hasil kerja tangan dia. Ada bunga dari plastik,bunga dari lilin, bunga dari straw, bunga dari guni dan macam-macam lagi, namakan sahaja, dia akan hasilkan.Nak dijadikan cerita, dia juga akan meletakkan bunga bunga kesayangan dia ini di dalam almari.bukan satu jambagan sahaja,tetapi berpuluh-puluh.fungsi cabinet simpanan nya telah diubah dari almari penyimpanan menjadi almari pameran. Pelik dan lucu.Jadi apabila saya balik kekampung,selalunya saya akan sibuk meneliti hasil kerja tangan nya(sebab saya amat menghargai bunga)sehinggakan apabila menangkap gambar keluarga tau bersama-sama sepupu yang lain,saya akan mengambil satu jambangan dan dibawa sama bergambar.Selepas itu pasti saya kan diperli dan diketawakan.Semoga cerita yang saya utara kan pada kali ini dapat direnung dan dikaji bersama oleh para pembaca.Persoalan simpan atau sembunyi ?kedua-dua kaedah ini boleh diguna pakai,terpulang pada kerajinan dan keinginan pembaca sekalian.

Monday, July 14, 2008

Aidilfitri Dah dekat



Selamat hari raya.. hari untuk kita bersuka ria,setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini... mintak mak, kuih sepotong, saya mau makan kerna perut kosong....aduhhhhhhh... syokkk nya kalu lagu raya ni berkumandang... saya dah start reheasel nak raya ni... persiapan seperti memasang lelagu raya sdang rancak di jalankan.... menarik kan... bagi makcik-makcik kat kampung pastinya dah ready nak jemur tepung.. nak jemur gula.. ye la nak start mengayak nak buat kuih dan bebiskut raya..sesiapa yang plan nak buat samprit, jemput saya datang kerumah raya ni yer....... bayangkan jap lagi ada la mercun start jual kat pasar ramadhan.. alamak cakap pasal ramadhan.. teringat air cincau.. sirap selasih.... alalahai.... ada plak terubuk bakar ngan ayam golekk.. phewwwww.....yang giler shopping ni dah start la gi carik kain nak buat baju atau langsir..... oopppsss... cakap pasal langsir.. saya dah start buka tempahan untuk menjahit langsir raya... so sesiapa yang berminat sila hubungi saya di talian 013-2355915 okay... tempahan awal akan menjamin kesempurnaan ruang interior anda.... harap2 tahun ni saya berjaya la memujuk mak saya untuk masak bagi rumah terbuka seperti tahun-tahun sudah... kalu plan ni on, saya jemput la anda-anda semua datang open house tahun ni.. (kat rumah baru kami di Bandar kinrara)....

Sunday, June 29, 2008

Berapa sen harga sesebuah ambiance?


Ingat lagi cerita saya berkenaan harga cekik darah di Kl sentral? yang mengenakan charge rm2.90 untuk segelas sirap orang kawin(sirap kosong).. lanjutan cerita tu.. tapi ni kisah lain. minggu lepas, kereta "porsche" kesayangan saya rosak di Lrt station terminal putra gombak... sementara menunggu rescue dari ayah.. (yang kononnya saya minta buat jump start) saya pun melepak la di sebuah gerai.. bila jek masuk gerai ni, saya tros mengambil 3 goreng pisang dan 3 keledek.. sangka rm2.00 la.. biasalah kan selalunya bebenda bergoreng ni hargenya 3 singgit. tapi bila makcik tu cakap "oooo.. satu keping seposen nak..bagai nak terempas pinggan plastik dari tangan"... heran.. saya tanya lagi makcik tu.. makcik ada lagi ker makanan semurah ni? makcik tu kata "nak untung banyak mana? harga camtu dah balik modal dah.. lagi pun nak bantu org2 susah yang nak beli makanan disamping dia boleh tampung kehidupan dgn harga sebegitu pun.. "so dengan rase sebak dah menyanjung tinggi keluhuran makcik tu, saya borong lagik makanan(tu disamping bosan tunggu + kira sebab lapar la... ekekekek).. so saya pun duduk kat gerai yang beratap zink tu sambil berfikir.. mahal rupanya harga untuk makan beserta suasana. kalau macam makcik ni, berbumbungkan zink.. takyah masukkan harga suasana dalam makanan...murah jek.. jadi saya doakan makcik yang bukak kedai di selekoh lrt ni.. dimurahkan rezeki... dan apabila mendengar cerita makcik ni.. semua anak-anak dia berjaya.. sebab rezeki di berkati kot... jadi sesiapa yang bukak kedai.. anda boleh la meletakkan harga sedikit tinggi tetapi kena la seimbang dengan menyediakan suasana yang menarik dan extravaganza..... tak gitew?(memandang semua perkara dalam hidup tetap dengan pandangan seorang jurureka dalaman ....kannnnn?)

Thursday, June 26, 2008

Keajaiban pillowslip


keajaiban pillow slip!!!Jadi antara orang pertama yang menggunakan barangan dekorasi rumah Pillow slip.Satu keajaiban untuk tidur yang lebih lena. pada harga serendah rm22.20.anda akan mendapatkan tidur yang lebih lena... tak boleh reveal disini. untuk tempahan atau keterangan lanjut sila e mail ke deandaud@yahoo.com atau call 0132355915...menjanjikan satu kelainan. Inovasi dalam fesyen dekorasi rumah dari koleksi barangan deanofinterior

Wednesday, June 25, 2008

Today's Tip-Top Tips!!!


Semalam,Tiba-tiba hati ni rase nak sangat minum apple cider, maka saya ke Carrefour,beli lepas lunch terus minum nih.. kengkonon dapat membantu melawaskan makanan yang bertimbun disebat waktu lunch.. Sekali Masyallah.. Masam tahap tepu.. Dan sambil membebel pasal rasenya yang masam sangat tu saya teringat la petua yang mak saya bagi masa kecik-kecik dulu(walaupun badan saya tak pernah kecik dari lahir).. Dulu masa nak raya, mak saya selalu suh kami adik beradik cuci rumah. antara benda yang kitaorang kena cuci adalah barangan kaca. gerobok kaca, pinggan magkuk(yang selalunya jadi hiasan orang dulu-dulu-bukan buat makan)so. antara petuanya adalah mencampurkan cuka dalam baldi air untuk kita lap barang-barang kaca.. pasti berkilat.. cubaaaaaaaaaaaaaa la...!!!

Thursday, June 19, 2008

Design to What's next?


Ketika saya berada di tahun pertama belajar di collage, senior kami menganjurkan id's day dan tema pada kali itu adalah design to what's next? saya terpinga-pinga(konon-konon naif la masa tu).. saya kata pebenda punya tema la dorang pikir... dan saya kaji semula.. susah sangat ker nak ramalkan design...iya la,masa tu budak baru lagi, ingat banyak sangat yang boleh dipikirkan.. sehingga la saya dah berkecimpung dalam dunia id hampir 10 tahun.. baru saya dapat kupaskan apa yang senior-senior ni pikirkan dalam skop dan perspektif mereka.. Bukan senang nak jadi trend-setter dalam dunia id(dan ini lah yang saya impikan pada ketika ini).. kita kena pantas berfikir, tajam pandangan dan bijak meramalkan apa yang bakal menjadi kegilaan ramai.. in things...pada persepsi saya... dunia id perlu pantas bergerak. perlu pantas bertukar-tukar citarasa...bukan lagi design yang long-lasting. kalau nak yang evergreen...kena masukkan muzium (kasar bunyi kenyataan ni kan?) tapi kita kena akur,untuk jadi maju kita kena sering berani bereksperimen...ooooppppss cukup lah sikit-sikit je huraian.. tajuk ni akan saya bincangkan dalam majalah impiana di keluaran hujung tahun rasenya.. so dapatkan impiana dan cari kolum sembang pereka.. baca dan suppport k

Wednesday, June 18, 2008

Intrepretasi inspirasi

Sebulan lalu saya ke singapura mencari inspirasi dan cuba meramalkan fashion terkini dalam interior..Ke Vivo,ke Clarke quey, jenjalan dan mencari ilham.. rasa-rasanya Bakal menggegar trend terkini adalah free flow line... itu antara intrepretasi saya dalam pemerhatian...contoh design yang kuat untuk free flow line ni adalah stadium bird nest utk sukan olimpik di china..

mungkin ada antara designer-designer yang ingin berkongsi pendapat. saya amat mengalu-alukan sumbangan idea dan diskusi antara designer.... so click la ruang comment yerss

Tuesday, June 17, 2008

Perkhidmatan Konsultansi Interior Styling pada harga serendah Rm220.00

Deandauddesign membuat tawaran hebat,Pre-Launch perkhidmatan Konsultansi interior styling secara terus dari Mr.Dean ke rumah anda.Perkhidmatan ini menawarkan khidmat konsultansi kepada pemilik rumah.komen dan cadangan dari Mr.Dean untuk memperindah ruang dalaman dan menentukan Fesyen untuk ruang-tamu,bilik tidur,dapur,kamar mandi dan berbagai-bagai ruang dalaman anda.Tawaran ini berlarutan sehingga ke bulan 9.Tempahan dibuka untuk hari raya aidilfitri.

Antara khidmat yang akan diberi adalah: menyuai-padankan perabut didalam ruang anda(perletakan dan susun atur) Koordinasi warna dan kesesuaian perletakkan ruang.Tips-tips penjagaan rumah akan diberi secara percuma.Perkhidmatan ini Hanya serendah rm220.00 /ruang.Murah kan? perkhidmatan ini hanya dibuat pada hujung minggu. Sila Hubungi Mr.Dean Daud di talian 013-2355915 atau email di deandaud@yahoo.com dan buatlah tempahan anda (jadual ke rumah anda akan ditentukan mengikut tempahan awal dan mengikut kekosongan tempahan pada setiap hujung minggu)

Today's Tip-Top Tips!!!


Kenapa Peti ais busyuk? sebab kekadang banyak sangat makanan yang kita simpan.. Tetapi skang dah banyak peti ais dgn teknologi agar makanan dan peti ais tidak bebau busyuk... tapi long piah teringat masa dulu-dulu mak long piah ada pesan .. kalau peti ais busyuk, letak arang(charcoal) dalam peti ais.. mesti tak busyuk pastu.. ha tu tips utk hari ni...... Jom cuba!!! (wah cam jom heboh plak)

Wednesday, June 11, 2008

Today's Tip-Top Tips!!!


Susah ker Nak tido? Insomnia? ermmm mengikut kata long piah.. ni adalah berkaitan dengan urat saraf yang stress.So salah satu cara mudah untuk tidur adalah membuat dekorasi semula pada bilik tidur. Tips nya menukar warna ungu,violet atau lilac dalam bilik tidur .Perkara kedua letakkan bau-bauan dari lavender dan ketiganya dapatkan batu amerthis bewarna ungu... tapi kalau semuanya dah tak berkesan,makan ubat tidur. ubat batuk pun bolehhhhhh...

Today's Tip-Top Tips!!!




Kebiasaannya, ramai kan org yang suka menghias ruang tamu mereka menggunakan bunga plastik. cerita pasal bunga plastik. Arwah nenek saya ada satu gerobok(almari dalam bahasa yang lebih siuman)bunga hiasan plastik. Dia gemar betul mengumpul hasil kerja tangan. ada yg dibuat dari beg plastik, straw dan berbagai menda yang saya pun tak pasti akan asal-usulnya.Tips hari ni saya nak ajar pembaca berkenaan anak beranak bunga plastik. Kebiasaannya kalau nak raya,kita akan menggubah semula bunga kan. tau tak mcamana nak tanggalkan habuk yang sekati kat kelopak bunga plastik? gini petua long piah (kasik seram sket nama baru org gerun) amik bunga plastik tu, letak dalam beg plastik,amik segenggam garam masukkan,pastu goncang sampai puas hati. kemudian anda akan dapat hasil yang memberangsangkan. Macam magik kan?habuk hilang bunga berseri..

Tuesday, June 10, 2008

Interior Fashion-apa itu?



Seorang wanita bekulit sawo matang, cantik rupa paras, tinggi lampai dan bertubuh ramping, ranggi berjalan di sebuah shopping complex,kelihatan Sunglass yang agak over the top,membimbit beg tangan Prada, berkasut LV-killer heels,jeans yang ditatas rias Armani belt dan terlekap indah baby- t tertera “DIOR”.Pastinya menarik setiap mata memandangnya. Ringkas tetapi ‘bomb!!!’.

Analogi mudah untuk membayangkan Fashion dan jenama memainkan peranan yang penting dalam penampilan diri.Era yang membayangkan Konsultansi dari interior designer bertauliah untuk menetap-tentukan concept sesebuah ruang dalaman itu sebagai ‘kerja-kerja orang kaya’ sudah lama berlalu.Hari ini. Kesesuaian dan factor estetika sesebuah dekorasi itu adalah penting dalam menggambarkan pesonaliti seseorang. Kalau kita sedar, sudah ramai orang menggunakan khidmat fesyen designer berbanding menempah baju pada seorang ‘tailor’.anjakan sebegini seharusnya di pandang positif. Ia membawa maksud sudah ramai mereka-mereka yang sedar akan kesesuaian seseorang dalam kepelbagaian penampilan.jadinya pandangan ‘pakar’ amat diperlukan

Sebagai seorang Interior designer yang sudah hampir sedekat bergelumang dengan interior design,telah banyak fashion, dan concept yang sempat menjengah dalam menata rias ruang dalaman.sudah banyak kajian dan pemerhatian yang saya buat, Amat berbesar hati untuk saya melunaskan tanggung jawab saya untuk meng’edukasi’ masyarakat apa rasionalnya mendekati bidang hiasan dalaman dengan dibimbing informasinya oleh seorang ‘Jurureka dalaman bertauliah’.Impaknya pasti berbeza!

Jika selama ini, ramai dari pencinta seni hiasan dalaman kenal apa definisi interior design,membuat kajian dan bersoal jawab dengan seseorang pereka dalaman tapi industri ini memerlukan satu anjakan-(mungkin bunyinya terlalu ekstrem).Ini lah kenyataannya. Pada pandangan saya, bukan semua orang sesuai pada ruang dalaman yang mereka rasakan cantik. Disinilah tanggunjawab seseorang pereka dalaman bagi menyakinkan setiap insan mempunyai keterampilan yang berbeza. Dan kepakaran inilah yang harus di promosikan oleh para designer sekalian. Saya ingin secara rasminya dan secara besar-besaran mengajak para designer mempromosikan “INTERIOR FASHION” semoga masyarakat dapat mengenal pasti apakah kesesuaian ruang dalam dengan aura pemiliknya.

Hari ini, kebanyakan pemilik premis yang ingin membuat renovasi akan mendapatkan khidmat konsultansi dari jurureka dalaman.Ini merupakan satu perkembangan yang sihat!! Bukan hanya tangkap muat. Tapi satu permasalahan bagi saya (mungkin bukan masalah pada designer yang lain),perspektif sesebuah rekaan hanya terbatas pada beberapa konsep yang sering digunakan. Hanya aplikasi sahaja yang berbeza. Mereka masih membentangkan konsep zen, retro, futuristic,kontemporari dan sebagainya.Memang tiada salahnya. Tapi sampai bila? Satu perubahan perlu dilakukan disini.Saya benar-benar bercita-cita tinggi untuk membuat satu anjakan paradigma. Terutama kepada rakan seperjuangan-Pereka dalaman.sudah tiba masanya persepsi sebegini di anjak-alih. Kita harus memperjuangkan satu cara baru memperkenalkan konsep rekaan.Sebenarnya kalau kita sama-sama perasan akan trend membeli belah sekarang,ramai mereka yang mempunyai citarasa tinggi,membeli mengikut label.’Oh! saya Baru beli cardigan prada.,season ni punya.. in trend...ye lah nak matchkan dengan belt LV ni..,harga ok-ok sahaja...”
“Eh.. I like your Cuffling.Dunhill kan.. nice!!!... begitulah agungnya label bagi sesebuah barangan. Jarang(mungkin tiada) orang kata.. “lawa la t-shirt tradisional awak.tali pinggang contemporary tu match la…mesti mahal…’ begitulah perumpamaan nya. Satu hari nanti.saya berbangga kalau seseorang pelanggan meminta rekaan rumahnya berkonsepkan DEANDAUD DESIGN atau bertemakan CIK NORKIAH, atau pejabat yang berkonsepkan AH SENG.masing masing ada identity sendiri dan orang amat kenal dan peka dengan arus ini. Inilah Perubahan yang amat membanggakan dan ianya digelar-INTERIOR FASHION’.Kepekaan masyarakat pada hiasan dalaman bukan lagi berpandukan konsep tapi label nama.

Paling utama dalam sesebuah casa adalah ruang tamunya. Disinilah segala karektor pemilik kediaman dapat dipertontonkan kepada tetamu. Oleh hal yang demikian, ketelitian dalam menentukan detail dalam menghias ruang ini haruslah diberi perhatian 120%.Biar extravaganza! Namun bukan carcamarba! disinilah kebijaksanaan seorang consultant teruji-bagaimana mempamerkan karektor pemilik dan dalam masa yang sama memastikan semua perabut dan pemilihan ‘soft furnishing” tersusun dan terindah!

Agak kerap saya mendengar ungkapan “I pilih barangan ni masa I melancong di paris”- “ohh.. furniture ni saya beli masa bulan madu di bali”-cantikkan pasu ni, I beli kat china”.” I gabungkan dekorasi ni ikut gerak hati sahaja”. Mungkin ada benarnya, kadangkala nampak cantik,tapi puaskah hati anda dengan ‘kadangkala’. seharusnya setiap sudut ruang dalam itu kelihatan menarik dan tersusun. Tiada pencanggahan dalam menyusun atur.Jangan mengambil risiko. Setiap pemilihan hendaklah terancang.bagi yang mahu ‘cover line’ mereka menggunakan alasan tema eclectic.tapi sejauh mana alasan ini harus digunakan tanpa rasa bersalah. Takkan kita suka melihat seorang perempuan memakai semua barang kemas seperti gelang sampai ke siku, cincin disarung di semua jari, rantai dililit sampai bengkok lehernya-cukup sarat dan menggunakan alasan ‘eclectic’ . amat jangal bukan! Begitulah hiasan dalam dipandang dari kaca mata seorang designer seperti saya.

Tema seperti tropika, zen, nusantara, retro, cubisme, modern,futuristic dan berbagai lagi konsep sering dipaparkan dalam informasi ruang dalaman. Hari ini, kemudahan internet dan majalah dekor banyak membantu. Tetapi sejauh mana ketepatan fashion ruang dalaman ini bagi seseorang?kena ke gayanya?tepat kah temanya?harus diketahui bahawa setiap ruang ada rohnya.Maka kehadiran seseorang pereka dalaman bagi membantu pemilihan tema supaya visi memanusiawikan sesebuah ruang (humanizing the space) tercapai.dan percayalah ini bukan kerja mudah.bagi mereka yang mementingkan penampilan diri pastinya penampilan ruang miliknya juga di utamakan.

Oleh itu, sekali lagi saya tekan kan disini,Bukan cara berpakaian sahaja yang harus peka dengan perubahan fesyen, seharusnya ruang milik kita juga selari dengan dengan kehendak dan gaya kita.makanya dapatkan mereka yang pakar dalam membantu diri kita agar selari dengan peredaran zaman.

Does size matter?


Claustrophobia.Biasa mendengar ungkapan sebegini? Mungkin bagi mereka yang kerap menonton rancangan Fear factor, perkataan ini agak lazim kedengaran.

Mengikut persepsi sesetengah pengkaji, masalah ini melibatkan psikologi dan rasa dalaman seseorang. Keadaan ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain dan dari retrospektif seorang pereka dalaman, apakah ramuan dan resepi bagi menanggani masalah sebegini. Inilah topic yang akan saya bincangkan dalam kolum saya pada kali ini.

Mengambil kira sesetengah anjuran dan pendapat yang dikeluar kan oleh pereka dalaman, warna,Pencahayaan dan pilihan perabut merupakan antara magis yang boleh dilakukan untuk mengatasai masalah kesempitan ruang

Warna memberi satu illusi optic yang dapat secara langsung menyampaikan pemesongan maklumat dan reaksi terhadap size ruang.Ini adalah norma neutral manusia.Otak kita memproses sesuatu maklumat berdasarkan pertimbangan yang diberikan oleh deria penglihatan.Kecil atau besar sesuatu ruang itu sering dinilai oleh minda berdasarkan apa yang diberitahu oleh pancaindera kita. Dan perkara pertama yg harus ditanggani adalah warna kerna inilah factor yang paling rapat dalam memberi keputusan dan penilaian.Mengupas isu ini dari sudut sains,setiap warna mempunyai frekuensi yang berbeza.perbezaan inilah yang boleh kita manipulasi untuk memberi impak yang berbeza. Mengambil contoh dua kumpulan warna iaini warna panas dan warna sejuk.Pada kebiasaan nya,bagi ruang yang terhad(saya tidak boleh menilai sesebuah ruang itu kecil atau besar kerana ianya subjektif-
sesetengah individu mengatakan sesebuah ruang itu besar dan mungkin bagi individu lain, ianya kecil)pemilihan warna dari kumpulan sejuk dapat merawat masalah kesempitan ruang.tambahan lagi pemilihan skima warna yang coherent bagi perabut dan soft finishing lain dapat memberi illusi optic seperti yang saya terangkan tadi.kerana apabila warna permukaan dinding,perabut dan semua soft finishing tergolong dari kumpulan warna yang sama, mata kita akan membaca ianya secara total dan isyarat yang dihantar ke minda memberitahu ruang itu adalah luas.

Resepi kedua adalah dari sudut pencahayaan.Sebagaimana jurusolek sering mengaplikasikan teknik shading untuk solekan malam dan teknik highlight bagi solekan siang,begitu jugalah ruang dalaman kita boleh disolekkan.Pendapat seperti sesetengah kawasan hendaklah ditonjolkan dan bagi ruang lain pula hendaklah disembunyikan amat sesuai digunakan untuk memberi keterampilan ruang yang berbeza terutama apabila ruang itu terhad.Penilaian ini agak sukar ditentukan tapi dengan bantuan pakar pencahayaan dan consultant,masalah ini bukan lagi rumit,sesetengah pembekal lampu dapat mencadangkan beberapa teknik seperti ukuran lux sesuatu lampu dan radius sinaran sesebuah mentol untuk digunakan.Ini pastinya dapat membantu kita untuk menampakkan keluasan sesebuah ruang.

Tips ketiga yang boleh saya bincangkan disini adalah cara pemilihan perabut yang dapat membantu meringankan “kesaratan” sesebuah ruang.satu cara yang kerap diguna pakai oleh pakar adalah menggunakan perabut intergrated.Cuba bayangkan apabila sofa yang boleh bertukar menjadi katil,almari yang bersalin kulit menjadi meja tulis dan meja kopi yang sekelip mata menjadi dining table.masing-masing lagak gaya seperti‘transformers’.Ini pastinya dapat menjimatkan ruang dan paling penting menjimatkan wang.Iyelah semuanya dua dalam satu dan barangkali 3 dalam satu.sebagai seorang pereka,inilah yang kerap kami utarakan kepada mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah ruang terhad.

Namun,bagi saya,perkara yang paling penting dan menjadi ultimate dalam membantu menyelamatkan masalah ruang terhad ini adalah memanusiawikan ruang (saya gemar term ini)Sebagaimana yang saya faham dan telah saya sentuh dalam keluaran terdahulu,sesebuah ruang itu dinilai dari segi semangat ke’ruang’an itu sendiri.metaphor yang ingin saya bawa pada anda kali ini amat mudah.”apabila kita melihat seseorang individu,kebiasaannya kita akan menilai saiznya terdahulu.Tetapi pada hakikatnya karektor seseorang itu yang kita lebih pentingkan apabila kita berbual dan berurusan dengannya dan kita sebenarnya deal dengan karektor individu bukan dengan sizenya.”Begitu juga lah yang terjadi kepada sesebuah ruang.Bukan size ruang itu yang penting,tetapi karektornya yang menentukan samada kita selesa atau tidak. Fahamkan maksud saya?

Jadi konklusinya,Gabungan warna,pencahayaan, dan pemilihan perabut adalah cara anda untuk menjadikan ruang itu sebagai sebuah kawasan peribadi dan apabila anda telah jumpa formula untuk menampakkan ruang ini sebagai ruang anda,dan anda berasa selesa dengan nya, maka size bukanlah lagi persoalan.Betul kan?Dan secara psikologinya,anda akan dapat mengatasi masalah “kesempitan ruang’ dan rasa ketidakselesaan.Tiada lagi istilahClaustrophobic pada diri anda sendiri.

Kepada pembaca yang masih mengalami masalah dan kurang jelas dalam penerangan saya yang juga terhad dikolum ini, bolehlah menghantarkan masalah anda ke alamat email saya di deandaud@yahoo.com dan nantikan jawapan nya

Bila designer menjadi Pengkritik


Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 7.30 petang.Rasanya dah setengah jam berlalu.
Memang menjadi peel saya”kurang gemar” menunggu orang.Tapi janji untuk bertemu kakak saya petang itu memang telah dipersetujui dari awal selepas solat maghrib.Jadi saya kena mencari alternative bagi menyedapkan hati sendiri untuk menunggu dan dari detik inilah cerita dalam sembang pereka untuk kali ini bermula.Lokasi di Kl sentral memang sengaja dipilih.Semenjak Harga minyak naik melambung-lambung macam Kuih apam terlebih serbuk penaik,kami adik beradik mengambil kata putus untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk pergi balik kerja.Biarlah berhimpit-himpit didalam dek asalkan poket kami tak terhimpit.Sambil menggendong beg sandang,saya berjalan-jalan pusing melihat-lihat ekspo barangan perhiasan .Banyak barangan hiasan dari China,Thailand dan barangan tempatan yang dijual murah ditengah-tengah ruang dalaman Kl sentral.Pandai pihak pengurusan memanfaatkan setiap ruang agar tidak terbiar.Kiosk-kiosk dicanai indah agar selesa pengunjung untuk membeli belah.Usaha sebegini haruslah diteruskan.Disamping menambah nilai bagi sewaan peniaga, mata pengunjung yang memandang pun senantiasa sejuk.Kl sentral yang gah dah tersohor ini memang lah amat memudahkan. Tapi selaku pengguna,masyarakat dan Jurureka dalaman khasnya,tiba-tiba ada sesuatu perasaan yang memberontak dan ingin benar saya suarakan kekesalan dihati.Berdoyon-doyon pengguna LRT,komuter dan berlambak-lambak mereka-mereka yang menunggu penerbangan-maklumlah lapangan terbang berkonsep maya.Makanya kesesakan sebegini memang boleh dijangkakan.Mata saya melilau mencari ruang solat,dan selesai solat,hati ini terdetik mengkritik,sebagai Negara yang memperakui Agama Islam sebagai agama rasmi didalam rukun negaranya,Setakat ini sahajakah kemampuan pihak pengurusan untuk menyediakan Kawasan bagi ruang solat?Bukan saya mahu menghentam.Tapi ingin memberi sedikit cadangan agar membuka mata dan pemikiran ,sebagai central kepada semua aktiviti system pengangkutan,pastinya tempat menunaikan solat haruslah boleh menampung kapasiti pengguna.Bukan tangkap muat!Mungkin prejudis apabila seseorang jurureka memandang sebuah bilik yang dilengkapi dengan hamparan alas sembahyang tanpa sedikitpun rekaan dekorasi melambangkan keindahan islam.Sayang,kalaulah sedikit usaha dilakukan untuk memperbesarkan dan memperindahkan ruang solat itu sejajar untuk membawa nama Kl sentral yang gah itu.Jangan salah anggap ye pembaca. Saya bukanlah Pendakwah yang amat sensitive dan ekstreem. Tetapi logic bila kita memperkatakan ruang solat di Kl sentral itu harus direnovasi.Atas nama detail-detail sebeginilah kecekapan dan efisensi sesebuah organisasi dapat dinilai.
Tidak habis disitu sahaja episode kritik-mengkritik saya,rentetan peristiwa terkilan saya berlanjutan.tetapi kali ini saya membebel sambil melayan tekak yang haus.Sirap merupakan minuman tercepat,termudah dan terbaik untuk memuaskan hati saya.Apa lagi sambil membuat pesanan segelas sirap.mata tak berhenti-henti meninjau ambiance café.Sudah memang sebati dalam darah daging,jadi tabiat saya suka menghakimi sesebuah dekorasi tempat yang saya kunjungi.Bukannya apa.Sebagai pelanggan kadang-kadang kita membayar harga makanan dan minuman bersekali dengan harga ambiance sesebuah ruang.Pembaca jangan terkejut!Ini adalah realitinya.Kebanyakkan dekorasi restaurant dibuat dengan penuh keindahan agar harga di dalam menu makanan boleh dinaikkan.Ini lumrah dan amat adil kepada semua.Saya menyokong usaha ini.Apabila kita mencari tempat untuk melayan tekak kita,kadang-kadang tanpa kita sedari kita memilih berdasarkan dekorasi dan keselesaan ruang dalaman dan mereka ini menjual suasana.Tidak salah rasanya sebagai pengguna,kita ada hak untuk memilih yang murah dan sedap,atau yang mahal dan sedap atau untuk memilih makan di restaurant yang mahal,cantik dan sedap.Variasi dan kepelbagaian ini adalah sesuatu yang positif.dan ini juga hak kita untuk membeli suasana ruang itu sendiri.Jika diluar Negara,ramai pemilik café atau restaurant tampil dengan idea-idea bernas dan kepelbagaian konsep untuk menarik pelanggan.pelanggan memilih untuk masuk ke café berhantu,café bawah laut,café atas kubur,café dalam hutan dan banyak lagi.Pada hakikatnya,bukan menu makanan yang menjadi taruhan semata-mata tetapi dekorasi suasana itu sendiri.Agaknya berapa harga ruang dalaman ini?bagaimana hendak menentukan nilainya?Berapa ringgit harga minuman dan makanannya?pastinya kreativiti adalah parameter bagi menentukan harga menu.bagi pembaca yang merancang untuk membuka perniagaan makanan, harus di ingati, bahawa pelanggan amat menghargai suasana yang anda tawarkan.Pastinya selera akan terbuka apabila ruang dalaman yang disediakan amat tenteram dan mengasyikkan.Keuntungan pasti berganda!Puas meneguk air sirap kegemaran,tanpa disedari kelibat kakak saya muncul didepan mata.Masa dah sampai,waktu untuk balik!Bagai kanak-kanak mendapat aiskerim.Cukup gembira!Selesai tugas saya menunggu orang.saya meminta bil.Arghhhh! terkejut beruk saya bila melihatkan sekeping bil sampai dengan cetakkan –SIRAP –RM2.90. wah! Biar betul café ni.Menyesal saya pilih café disebelah kaunter LRT ni.Ingatkan pilihan yang saya buat kali ini betul apabila mengetepikan faktor dekorasi agar harganya murah.Rupa-rupanya tanggapan saya meleset.Makanya sepantas kilat otak saya berfikir.Salah saya atau salah tuan empunya kedai. Dan konklusinya adalah salah tuan empunya kedai.MENGAPA? kalau soalan itulah yang pembaca lontarkan kepada saya,Jawapannya mudah.Kesalahan pertama,Tuan empunya kedai tidak meletakkan usaha untuk membuatkan ruang dekorasinya melambangkan kelas tersendiri.Terlalu Sempoi bak kata budak-budak muda.Langsung tiada usaha untuk memperindahkan dekorasinya walhal ianya terletak didalam kompleks masyhur yang dikunjungi orang ramai.kesalahan Kedua ianya terlalu mahal.Tidak kena pada harganya.Inikah yang dinamakan Inflasi?Dan kesalahan ketiga,tiada paparan tanda harga untuk sirap.saya terus membebel.Ingatkan murah sebab hiasan dalamannya biasa-biasa sahaja. Nak di kata saya bayar harga sirap beserta harga hiasan dalaman,jauh sekali.Tiada dekorasi!Setelah sampai dirumah dan puas berehat,saya kembali berfikir secara rasional.Tertanya-tanya sendiri.Terlalu emosi ke saya hari ini akibat menunggu orang(maklumlah aktiviti menunggu orang ni amat saya malas lakukan)habis semua keadaan saya kritik!.Tapi apabila saya fikirkan secara terperinci sebelum tidur saya rumuskan bahawa bukan sebab saya terlalu emosi tetapi selaku masyarakat dan jurureka dalaman,ini tanggung jawab saya untuk mendidik, di kesempatan ini saya harus berkongsi idea agar pembaca nampak apa yang patut kita fikirkan dan apa yang patut kita jauhi.Dan hasilnya tanpa berlengah saya sambar laptop dan dengan pantasnya jari ini menari-nari menulis topic untuk ruangan sembang pereka agar pembaca dapat berkongsi pengalaman saya dan sama-sama berfikir apa kebenarannya.

Monday, June 9, 2008

Di mana Sharlinie?


Di mana Sharlinie?Merata-rata poster dan bermacam rupa bentuk pengiklanan di buat.seluruh Negara digegarkan oleh kehilangan anak kecil ini. Berita ini bukan lah satu-satunya tragedy kehilangan kanak-kanak tetapi ianya merupakan rentetan dari beberapa kronologi kehilangan kanak-kanak.Sebagai Masyarakat prihatin, pelbagai usaha yang telah kita lakukan, saya terpanggil untuk melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai salah seorang dari masyarakat, tetapi tanggungjawab yang lebih besar lagi-sebagai seorang pereka dalaman yang seharusnya turut sama mendidik masyarakat dan bukan nya mendodoi mereka dalam arus sekarang.

Melalui perbincangan saya bersama bekas pendidik saya-pensyarah UITM sri Iskandar,Encik Othman, beberapa kata kunci yang dapat kami simpulkan dalam merungkai permasalahan ini adalah melalui akar umbi sesebuah factor Keruangan.Istilah Memanusiawikan ruang sekali lagi ingin saya kupaskan dan saya kaitkan dalam masalah ini.

Serius bukan bunyi mukadimah penulisan saya pada kali ini?Mungkin bagi pembaca sekalian ini bukan ‘style’ penulisan dean daud.Tetapi dalam hidup,kepelbagaian atau variasi itu perlu. Sesekali saya berpendapat,mendidik hendaklah kena dengan faktor sekeliling, dan dalam membicarakan dekorasi rumah, apasalahnya kali ini saya mendidik masyarakat bagaimana masalah kehilangan kanak-kanak ini dapat dicegah.Bak kata cerdik pandai,cegah lebih baik dari mengubati.Antara isi kandungan sembang-sembang saya kali ini adalah bagaimana masalah kehilangan kanak-kanak dapat di cegah dari kaca mata seorang pereka dalaman.

MENGAPA dan BAGAIMANA masalah ini boleh bermula.Inilah akar-umbi yang saya ingin sekali gali dan dapatkan jawapan.Memandang dari sudut Psikologi Kanak-kanak,Mereka ini sememangnya gemar akan aktiviti luaran. Pada dasarnya mereka rasa bebas bergerak dan bermain. Mengapa ini menjadi sesuatu yang ruji?kanak-kanak ini memerlukan ruang mereka sendiri dan apabila mereka ini berada di luar,mereka merasakan ini lah ruang mereka kerna, pada kebiasaan nya ibu bapa banyak mencegah kanak-kanak dari bermain lasak di dalam rumah.pernah kah kita mengalami suasana apabila seorang ibu melarang anak lelakinya bermain bola di dalam rumah ? pernahkah kita mengalami juga situasi seorang ibu melarang anak perempuannya bermain di dapur apabila ibunya sedang memasak? Pernahkah anda mendengar jeritan seorang ibu yang kedengaran seolah-olah penyanyi opera apabila melihat anak-anaknya bermain keja-kejaran di ruang tamu kerana khuatir perabot dan aksesori rumah akan rosak dilanggar.adil kah ini kepada kanak-kanak. Tanpa kita sedari sebenarnya kita dengan secara tidak langsung meng’had’ kan pergerakan kanak-kanak.dan inilah antara factor pendorong kanak-kanak merasakan ruang dalaman bukan milik mereka secara total dan ini membina perasaan kanak-kanak untuk merasakan bebas berada di luar rumah sekaligus mengundang bahaya yang mereka sendiri tidak sedari.Salah Siapakah ini?

Tapi beradanya saya di dalam ruang sembang pereka ini bukan lah untuk menunding jari menyalahkan sesiapa tapi visi saya adalah untuk membantu mencari konklusi bagi permasalahan ini.

Disinilah saya merasakan sebagai pereka dalaman yang berpengalaman, sedikit idea yang ingin saya kongsikan didalam kolum saya ini diharapkan dapat membantu membuka mata kepada ibu,bapa malah penjaga agar memahami hati dan perasaan kanak-kanak.

Bilik si puteri seperti Istana di Disneyland?Bilik si putera umpama Kapal angkas soyuz yang dinaiki Sheikh Muzaphar?Besar sangat kah angan-angan ini?Apalah ertinya sedikit modal untuk harga keslamatan anak-anak anda.mana ada nilai wang yang boleh menggantikan nilai diri anak-anak anda.saya amat kurang selesa apabila sesetangah pihak mengatakan “ cakap senang la. Tapi modalnya besar En.dean.mana nak ‘cekau’ duit nak buat renovasi bilik anak-anak?” SALAH sama sekali tanggapan sebegitu.Kalau jawapan macam tu yang saya dapat dalam kertas periksa. Markahnya pasti saya beri kosong!Bukan wang menjadi ukuran tapi kreativiti.Kalau kita tidak mampu menyediakan kemasan kertas dinding,apa salahnya melakukan mural menggunakan pewarna yang murah?kalau tak dapat membeli pendant light ,buatkan lampu menggunakan kotak atau bahan buangan lain? Murah dan effektif. Nah!dengan sedikit imaginasi, pastinya ruang khayalan dapat direalisasikan.Baru lah anak-anak akan merasa ruang itu milik mereka dan sebagai seorang manusia,bila kita selesa dengan ruang kita dan secara kerohanian kita suka,kita akan meluangkan masa yang lebih lama di ruang itu.

Kalau ibu memasak di dapur,salahkah anak gadisnya membantu.Pasti jawapan stereotype dari para ibu-ibu. Bahaya anak-anak kecil di dapur.Siapa kata benda bahaya ni tak boleh di jadikan selamat?Inilah perlunya Ilmu yang menjurus kearah rekaan dalaman.Menukarkan ruang yang kurang bersesuaian menjadi ruang yang selamat dan selesa.Berbesar hati bila saya menonton beberapa rancangan luar Negara apabila melihat anak-anak comot membantu ibunya membuat doh didapur.Seronok dan merapatkan lagi hubungan kekeluargan bukan? Barulah nanti anak-anak ini tidak merasa janggal di dapur.Makanya aktiviti anak-anak ini banyak diluangkan didalam rumah.Nampak realistic bukan?siapa berani membuat andaian bahawa kanak-kanak ini hanya selesa apabila berad di rumah.

Membincangkan ruang menonton keluarga,Ada sesetengah pendapat mengatakan biarlah anka-anak ada tv mereka sendiri di dalam bilik masing-masing,Tapi bagi saya, walau mampu sekalipun,adalah lebih manis dan menarik,sekiranya hanya bilik menonton keluarga yang kerap digunakan.segala aktiviti menonton disentralisaikan.barulah hubungan kekeluargaan semakin rapat.Maka hubungan ini dapat disemai dan dari hari ke hari dan secara langsung akan membina aktivti tontonan yang menarik.

Kebiasaanya,pasti ramai antara kita sebagai ibu bapa akan mejerit memarahi anak-anak apabila mereka cuba meng-ekspresi kreativiti mereka diruangan dinding. Seharusnya ibu bapa menggalakkan kanak-kanak ini memupuk nilai seni mereka dari kecil. Pada zaman yang serba moden ini,kemsan cat dinding yang berasaskan acrylic banyak terdapat dipasaran. Dan factor kekotoran didinding bukanlah masalah lagi. Cat sebegini memberi peluang kepada kita untuk memadamkan segala kekotoran dipermukaan dinding.
Bagi mereka-mereka yang memiliki ruang yang lebih dirumah,apa salahnya menyediakan slah satu ruang itu sebagai bilik melepaskan perasaan atau bilik atom untuk mereka.biarlah bilik ini tunggang langgang tapi yang pasti,anak-anak selesa dengan keruangan.Inilah yang di maksudkan dengan ‘Memanusiawikan ruang’ dalam pandangan kaca mata saya,Inilah antara factor yang dapat membantu anak-anak ini tidak meluangkan masa didalam rumah mereka sendiri dan statistic kehilangan kanak-kanak ini dapat dibendung atau setidak-tidaknya kita tau keselamatan anak kita dialam rumah kita sendiri.sebagai Jurureka Dalaman, saya syorkan agar mendapatkan konsultansi dari mereka yang berpengalaman untuk memastiak idea sebegini terlaksana. Dan bagi mereka yang mempunyai masalah,boleh lah menghubungi saya di alamat e mail deandaud@yahoo.com.bagi mendapatkan atau berkongsi idea.

Mawi ?Apa kena mengena dengan Interior dan Aura


Apabila kita berbicara berkenaan aura,memang bunyinya agak skeptical apabila mawi sering di kaitkan.Tetapi saya kena akur bahawa ketrampilan mawi membawa satu anjakan atau lebih tepat lagi dialah yang mempopularkan perkataan aura. Waktu itu juga ramai masyarakat kita duk sibuk berbicara berkenaan aura.sampaikan makcik-makcik pun beriya-iya dengan lantangnya berkata aura itu aura ini.Tapi tahukah kita apa itu aura?

Pada hakikatnya aura ini juga disebut sebagai X-factor.

Bukan tujuan saya disini untuk mengupas dengan lebih lanjut apa itu aura,tapi pada dasarnya aura merupakan pancaran charisma seseorang.Dan mengikut pengertian yang lebih mudah,setiap manusia mempunyai keperibadian berbeda dan inilah factor yang seharusnya kita kaji dan saya sebagai pereka dalaman yakin bahawa kesesuaian ruang atau roh keruangan juga berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.Mungkin bunyinya agak konsepsual tetapi apabila kita bercakap dari segi sains,masih kuat ingatan saya pada carta dipapan hitam ketika saya tingkatan 3,guru sains ada menerangkan gelombang electromagnet terhasil disekitar wayar elektrik apabila bateri dipasangkan dan arus melalui wayar eksperimen dan ini membuktikan betapa logiknya kewujudan aura apabila kita membicarakan tubuh badan kita yang mempunyai aliran darah(blood circulation) wah! terlebih sudah penerangan saya pada kali ini.berbicara dari sudut sains pula!macam doctor dan pakar sains. Tapi inilah dunia dekor yang ingin sekali saya bawakan ke satu tahap yang ekstrem dan bukan hanya dinilai dari faktor warna,konsep dan perabut sahaja.tetapi lebih kompleks dan posh! Inilah yang dikatakan.Inovasi!

Bayangkan ruang anda juga mempunyai aura tersendiri.Menarik bukan?Selaku Pereka Dalaman,saya sering ‘berangan-angan’ untuk mengubah dunia dekor ini menjadi lebih menakjubkan dan bukan stereotype.Oleh itu,saya sering mencuba sesuatu pendekatan baru dalam mengubahsuai ruang dalaman.Pendekatan terkini yang berkait rapat dengan aura menjadi tujuan dan destinasi saya buat ketika ini.dan Chromatologist merupakan gelaran yang saya sedang usahakan.

Bagaimana aura dan dekor dapat disatukan?inilah persoalan yang saya ingin saya kupas di sembang pereka pada kali ini.Kolabrasi antara seorang JURUREKA DALAMAN dan pakar metafizik menjadikan bidang hiasan dalaman berada di tahap yang lebih ekslusif.Kecanggihan dalam Teknologi yang membolehkan anda mengetahui parameter warna aura anda dan yang lebih menarik lagi,apabila anda telah mengetahui pancaran warna aura,maka pakar chromatologist akan membantu anda untuk mencadangkan warna yang sesuai bagi membangkitkan kehebatan atau potensi diri .Maka secara optimistiknya jurureka dalaman dapat memanusiawikan ruang anda sendiri mengikut aura yang terlah diperiksa.

Warna mempunyai frekuensi yang berbeza dan atas sebab inilah keperluan warna yang berbeda hendaklah ditentukan agar bersesuaian untuk memastikan mood yang diperolehi sejajar dengan kehendak nurani.

Merujuk kepada warna-warna yang ada pada pelangi,ada 7 warna yang mewakili 7 frekuensi dan fungsi.saya juga mendalami kaedah reiki iaini kaedah rawatan alternative untuk emosi secara metafizik.Melalui kaedah ini, tubuh badan manusia juga mempunyai 7 senggatan warna iaini,violet untuk umbun2,ungu untuk kepala,biru untuk kerongkong,hijau untuk hati,kuning kawasan antara hati dan perut ,jingga di kawasan perut, dan merah di kawasan sistem pembiakan.kaitan antara warna ini dan dorongan mood akan saya contohkan dalam beberapa eksperimen mudah yang telah saya lakukan.

Beberapa rahsia yang selama ini saya ingin benar kongsikan kepada pembaca akan saya terangkan disini.

Pertama,apabila kita mengusahakan perniagaan yang berkaitan dengan makanan,warna yang paling sesuai adalah kuning. Mengapa? Kerana apabila warna kuning banyak digunakan dalam ruang dalaman sesebuah kedai makan atau restoren, ianya akan membangkitkan keinginan untuk makan. Dan hal ini akan menguntungkan para peniaga.Wah! rahsia pelaris(jangan salah anggap).

Kedua,Apabila kita mengalami masalah insomnia,cuba kita usahakan untuk mengubahsuai bilik kita menggunakan warna-warna violet atau ungu kerana frekuensi warna-warna sebegini akan membantu minda kita berehat dan tidur dengan lena,anda boleh menggunakan warna ungu untuk langsir, cadar atau dinding di kamar beradu bagi mendapatkan tidur yang enak di buai mimpi indah.

Ketiga,andainya anda mempunyai sebuah firma atau pejabat,saya mencadangkan agar menghindari warna merah di dalam bilik mesyuarat atau bilik diskusi, walaupun ianya merupakan warna korporat anda,aplikasi warna merah itu akan menjadikan suasana tegang didalam bilik mesyuarat dan ini pasti menyukarkan ahli panel atau staff ketika mesyuarat diadakan.

Nah,itu baru tiga contoh mudah yang saya utarakan secara general, dan untuk sesetengah kes,anda yang ingin mendapatkan skema warna yang sesuai untuk ruang peribadi anda, boleh mencuba praktikaliti aura ini. Pasti membuahkan hasil.Logik bukan apabila kita memperkatakan bahawa warna mempengaruhi mood seseorang.Jangan pula nanti ada pembaca yang kata Dean daud ni omomg kosong aje dalam kolum sembang pereka

Jadi tak silap la apabila usaha saya memperkenalkan satu aliran baru dalam mengubah warna bagi ruang dalaman mengikut aura tuan empunya ruang.Mana lah tahu satu hari nanti,kaedah ini menjadi satu kaedah guna pakai yang amat praktikal untuk setiap pengubahsuaian ruang dalaman. Dalam kaca mata saya,bagi suri rumah, mungkin setiap bilik anak akan ditentukan skema warna mengikut karektor dan aura anak,mungkin juga kaedah pemilihan warna ini juga dapat membantu keharmonian rumah tangga.Siapa tahu pada masa akan datang,mungkin kecemerlangan sesebuah organisasi dapat di serlahkan lagi hasil bantuan jurureka dalaman/chromatologist ketika menentukan warna untuk premis masing-masing.makanya bagi staf-staf,musim hujung tahun menjadi musim bonus yang cemerlang,gemilang dan terbilang!

Kepada para pembaca,mungkin merasa teruja dengan aplikasi baru dalam mengubahsuai ruang dalaman anda kerana selama ini,kita sering di dedahkan dengan pilihan konsep untuk menentukan sesebuah ruang dan saya berasa berbesar hati untuk sama-sama menjalankan eksperimen ini bersama-sama anda.

Oleh hal yang demikian,saya mempelawa kepada pembaca untuk mendapatkan dan menerokai pengalaman baru dalam menghias ruang dalaman anda kerna saya yakin anda mempunyai aura yang berbeza dan unik antara satu sama lain.Mungkin juga boleh membantu menyelesaikan masalah keharmonian dalaman(wah macam nak ganti cik sri siantan pula)Kepada tokoh korporat atau mereka yang ingin membuka premis perniagaan atau ofis, saya anjurkan kepada anda untuk mencuba pendekatan ini. Kepada pembaca yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, boleh menghantarkan kemusykilan anda ke alamat e mail saya deandaud@yahoo.com.my
Selamat Mencuba!