Monday, June 9, 2008

Di mana Sharlinie?


Di mana Sharlinie?Merata-rata poster dan bermacam rupa bentuk pengiklanan di buat.seluruh Negara digegarkan oleh kehilangan anak kecil ini. Berita ini bukan lah satu-satunya tragedy kehilangan kanak-kanak tetapi ianya merupakan rentetan dari beberapa kronologi kehilangan kanak-kanak.Sebagai Masyarakat prihatin, pelbagai usaha yang telah kita lakukan, saya terpanggil untuk melaksanakan tugas bukan sahaja sebagai salah seorang dari masyarakat, tetapi tanggungjawab yang lebih besar lagi-sebagai seorang pereka dalaman yang seharusnya turut sama mendidik masyarakat dan bukan nya mendodoi mereka dalam arus sekarang.

Melalui perbincangan saya bersama bekas pendidik saya-pensyarah UITM sri Iskandar,Encik Othman, beberapa kata kunci yang dapat kami simpulkan dalam merungkai permasalahan ini adalah melalui akar umbi sesebuah factor Keruangan.Istilah Memanusiawikan ruang sekali lagi ingin saya kupaskan dan saya kaitkan dalam masalah ini.

Serius bukan bunyi mukadimah penulisan saya pada kali ini?Mungkin bagi pembaca sekalian ini bukan ‘style’ penulisan dean daud.Tetapi dalam hidup,kepelbagaian atau variasi itu perlu. Sesekali saya berpendapat,mendidik hendaklah kena dengan faktor sekeliling, dan dalam membicarakan dekorasi rumah, apasalahnya kali ini saya mendidik masyarakat bagaimana masalah kehilangan kanak-kanak ini dapat dicegah.Bak kata cerdik pandai,cegah lebih baik dari mengubati.Antara isi kandungan sembang-sembang saya kali ini adalah bagaimana masalah kehilangan kanak-kanak dapat di cegah dari kaca mata seorang pereka dalaman.

MENGAPA dan BAGAIMANA masalah ini boleh bermula.Inilah akar-umbi yang saya ingin sekali gali dan dapatkan jawapan.Memandang dari sudut Psikologi Kanak-kanak,Mereka ini sememangnya gemar akan aktiviti luaran. Pada dasarnya mereka rasa bebas bergerak dan bermain. Mengapa ini menjadi sesuatu yang ruji?kanak-kanak ini memerlukan ruang mereka sendiri dan apabila mereka ini berada di luar,mereka merasakan ini lah ruang mereka kerna, pada kebiasaan nya ibu bapa banyak mencegah kanak-kanak dari bermain lasak di dalam rumah.pernah kah kita mengalami suasana apabila seorang ibu melarang anak lelakinya bermain bola di dalam rumah ? pernahkah kita mengalami juga situasi seorang ibu melarang anak perempuannya bermain di dapur apabila ibunya sedang memasak? Pernahkah anda mendengar jeritan seorang ibu yang kedengaran seolah-olah penyanyi opera apabila melihat anak-anaknya bermain keja-kejaran di ruang tamu kerana khuatir perabot dan aksesori rumah akan rosak dilanggar.adil kah ini kepada kanak-kanak. Tanpa kita sedari sebenarnya kita dengan secara tidak langsung meng’had’ kan pergerakan kanak-kanak.dan inilah antara factor pendorong kanak-kanak merasakan ruang dalaman bukan milik mereka secara total dan ini membina perasaan kanak-kanak untuk merasakan bebas berada di luar rumah sekaligus mengundang bahaya yang mereka sendiri tidak sedari.Salah Siapakah ini?

Tapi beradanya saya di dalam ruang sembang pereka ini bukan lah untuk menunding jari menyalahkan sesiapa tapi visi saya adalah untuk membantu mencari konklusi bagi permasalahan ini.

Disinilah saya merasakan sebagai pereka dalaman yang berpengalaman, sedikit idea yang ingin saya kongsikan didalam kolum saya ini diharapkan dapat membantu membuka mata kepada ibu,bapa malah penjaga agar memahami hati dan perasaan kanak-kanak.

Bilik si puteri seperti Istana di Disneyland?Bilik si putera umpama Kapal angkas soyuz yang dinaiki Sheikh Muzaphar?Besar sangat kah angan-angan ini?Apalah ertinya sedikit modal untuk harga keslamatan anak-anak anda.mana ada nilai wang yang boleh menggantikan nilai diri anak-anak anda.saya amat kurang selesa apabila sesetangah pihak mengatakan “ cakap senang la. Tapi modalnya besar En.dean.mana nak ‘cekau’ duit nak buat renovasi bilik anak-anak?” SALAH sama sekali tanggapan sebegitu.Kalau jawapan macam tu yang saya dapat dalam kertas periksa. Markahnya pasti saya beri kosong!Bukan wang menjadi ukuran tapi kreativiti.Kalau kita tidak mampu menyediakan kemasan kertas dinding,apa salahnya melakukan mural menggunakan pewarna yang murah?kalau tak dapat membeli pendant light ,buatkan lampu menggunakan kotak atau bahan buangan lain? Murah dan effektif. Nah!dengan sedikit imaginasi, pastinya ruang khayalan dapat direalisasikan.Baru lah anak-anak akan merasa ruang itu milik mereka dan sebagai seorang manusia,bila kita selesa dengan ruang kita dan secara kerohanian kita suka,kita akan meluangkan masa yang lebih lama di ruang itu.

Kalau ibu memasak di dapur,salahkah anak gadisnya membantu.Pasti jawapan stereotype dari para ibu-ibu. Bahaya anak-anak kecil di dapur.Siapa kata benda bahaya ni tak boleh di jadikan selamat?Inilah perlunya Ilmu yang menjurus kearah rekaan dalaman.Menukarkan ruang yang kurang bersesuaian menjadi ruang yang selamat dan selesa.Berbesar hati bila saya menonton beberapa rancangan luar Negara apabila melihat anak-anak comot membantu ibunya membuat doh didapur.Seronok dan merapatkan lagi hubungan kekeluargan bukan? Barulah nanti anak-anak ini tidak merasa janggal di dapur.Makanya aktiviti anak-anak ini banyak diluangkan didalam rumah.Nampak realistic bukan?siapa berani membuat andaian bahawa kanak-kanak ini hanya selesa apabila berad di rumah.

Membincangkan ruang menonton keluarga,Ada sesetengah pendapat mengatakan biarlah anka-anak ada tv mereka sendiri di dalam bilik masing-masing,Tapi bagi saya, walau mampu sekalipun,adalah lebih manis dan menarik,sekiranya hanya bilik menonton keluarga yang kerap digunakan.segala aktiviti menonton disentralisaikan.barulah hubungan kekeluargaan semakin rapat.Maka hubungan ini dapat disemai dan dari hari ke hari dan secara langsung akan membina aktivti tontonan yang menarik.

Kebiasaanya,pasti ramai antara kita sebagai ibu bapa akan mejerit memarahi anak-anak apabila mereka cuba meng-ekspresi kreativiti mereka diruangan dinding. Seharusnya ibu bapa menggalakkan kanak-kanak ini memupuk nilai seni mereka dari kecil. Pada zaman yang serba moden ini,kemsan cat dinding yang berasaskan acrylic banyak terdapat dipasaran. Dan factor kekotoran didinding bukanlah masalah lagi. Cat sebegini memberi peluang kepada kita untuk memadamkan segala kekotoran dipermukaan dinding.
Bagi mereka-mereka yang memiliki ruang yang lebih dirumah,apa salahnya menyediakan slah satu ruang itu sebagai bilik melepaskan perasaan atau bilik atom untuk mereka.biarlah bilik ini tunggang langgang tapi yang pasti,anak-anak selesa dengan keruangan.Inilah yang di maksudkan dengan ‘Memanusiawikan ruang’ dalam pandangan kaca mata saya,Inilah antara factor yang dapat membantu anak-anak ini tidak meluangkan masa didalam rumah mereka sendiri dan statistic kehilangan kanak-kanak ini dapat dibendung atau setidak-tidaknya kita tau keselamatan anak kita dialam rumah kita sendiri.sebagai Jurureka Dalaman, saya syorkan agar mendapatkan konsultansi dari mereka yang berpengalaman untuk memastiak idea sebegini terlaksana. Dan bagi mereka yang mempunyai masalah,boleh lah menghubungi saya di alamat e mail deandaud@yahoo.com.bagi mendapatkan atau berkongsi idea.

2 comments:

kryptonite said...

pe cer?

dainel said...

dalam konteks 'memanusiawikan ruang' bagi kanak², sy selaku seorang manusia biasa yg pernah melalui zaman kanak² merasakan bahawa rekaan dalaman sesuatu ruang itu perlu berlaku kekerapan dalam perubahan. hal ini dirasakan kerana, kebanyakan kanak² adalah mudah bosan dengan sesuatu dan gemar melakukan perkara baru didalam kehidupan. perkara ini juga berlaku mengikut peredaran masa... daripada bayi kepada kanak² lalu menjadi kanak² yg lebih dewasa, dalam setiap peredaran ini pastinya perlu berlaku perubahan dalam ruang tersebut.