Thursday, October 23, 2008

rentetan Design to What's next


Ingat lagi text saya sebelum ni berkenaan Design to What's next.. aha... ni sambungan penuhnya.......



Saya sering cuba meneliti diri dan ruang kehidupan.Selalunya saya bertanya dalam diri.Aku ni ikut peredaran zaman ke atau aku ketinggalan dalam menjustifikasi kehidupan.Saya amat risau jika saya membuat keputusan dalam konsultansi konsep.Apa yang membuat saya risau adalah sekiranya saya memberi advise yang sudah ketinggalan zaman.Sebaik mungkin saya cuba memberi perkhidmatan atau cadangan yang ‘up to date’ atau orang kata panas dari ketuhar. Tapi cukupkah dengan hanya mengikut trend terkini?

Satu hari tiba-tiba saya berfikir.Alamak!Tamakkah saya? Dah tak tau rasa puas dengan hanya mengikut trend.Inilah lumrah manusia.Takkan puas dengan apa yang ada didepan mata.Namun hikmahnya ada.Jawapn yang selama ini saya cari-cari terjawab dengan sendirinya.Kita hendaklah setapak kehadapan dari pesaing-pesaing dan orang-orang sekeliling.Ermmmmmm.. tentunya inilah yang selalu difikir-fikir oleh mereka yang Berjaya dalam mewujudkan empayar mereka sendiri.

Saya mula mencari-cari tapak dalam melakukan pembaharuan.Memang sukar tapi inilah hakikat.Satu yang baru bukan mudah diterima semua orang.Hanya berbekalkan keyakinan dan kepercayaan diri barulah kita boleh menyakinkan orang lain bahawa idea kita ini adalah yang amat kehadapan dan terbaik(wah! bunyi nya macam pakar motivasi)

Kali ini saya akan menulis secara general.secara peribadinya saya cuba merungkaikan potensi kita dalam membuat keputusan.Ini berkaitan juga dengan keupayaan pembaca dalam menentukan hiasan dalaman rumah.sengaja saya membuat pembuka kata kali ini dalam suasana yang Nampak lebih cerdik pandai(ooppsss..jangan salah sangka, bukan mengaku pandai)

Saya percaya,ada antara pembaca yang kerap merasa bosan dalam ruang sendiri.Kadang-kadang kita jemu kerna kita telah terbiasa dengan ruang dalam kita sendiri.mengikut perbincangan saya dengan rakan-rakan designer yang lain,mereka sering mengeluh bosan .Celik-celik mata Nampak perabut yang sama,Nampak hiasan yang sama.Tiap-tiap hari pula tu.Wahhhh! saya kat.. Kau ni Paris Hilton ker? Banyak betul duit nak tukar perabut tiap-tiap minggu.Besar ketawa kawan saya.Kami sembang lagi.Akhirnya saya kata,Kita kena lebih berpandangan jauh.konklusi yang saya dapat dari perbualan itu adalah memperkenalkan satu pembawakan baru bagi ruang dalaman.Saya berminat memperkenalkan fesyen baru dalam aliran ini.seperti yang saya telah cuba terangkan dalam artikel pertama saya –Interior Fashion.Apa maknanya kata kawan saya lagi.Sebenarnya kita kena berani membuat pembaharuan. Selama ini,persepsi masyarakat pada dunia rekebentuk dalaman,kita hendaklah meluahkan idea agar idea itu kekal segar malar atau tidak cepat basi.

Mungkin dahulu saya setuju dengan pandangan ini.Tetapi tidak lagi sekarang.Kita kena prihatin dengan kehendak dan perubahan gaya terkini.barulah ini yang yang digelar ‘Design to What’s next?.Dalam kehidupan harian kita pun,masyarakat sudah mula memilih dalam berpakaian,fesyen cepat berubah.Kita kena cuba mengaplikasi cara ini dalam dunia rekebentuk dalaman.Kawan saya cuba membalas semula fakta saya.Dia cuba tanya saya semula.banyak sangat ker duit orang untuk tukar perabut selalu.saya jawab spontan.Siapa kata pasal perabut.Mesti ke ruang dalaman di kaitkan dengan perabut sahaja.aksesori adalah element utama dalam menata rias ruang dalaman.Kita harus tau, 60% runag dalaman kita dimanupulasi oleh aksesori bukan hanya perabut(saya bercakap untuk ruang dalaman sesebuah rumah secara general)mungkin ada sesetangah ruang dalaman hanya mempunyai aksesori minimalist.Tapi inilah pembaharuan yang saya cuba gazetkan.Minimakankan penggunaan perabut.maksimumkan aplikasi aksesori dan hasilnya kita boleh menukar penampilan ruang dalaman kita dengan lebih kerap.

Bayangkan minggu ini tema warna ruang tamu kita lilac. Banyak aksesori lilac akan menghiasi ruang tamu kita. Dari langsir bewarna ungu,lilin bewarna violet dan bantal kecil bewarna kundang..manis kan?minggu depan mungkin kita boleh menukar tema warna dan penggunaan kemasan.mungkin pada ruang yang sama, kita tukar langsir kepada romanblind bewarna mocha,lilin digantikan dengan lampu aras meja,bantal diganti dengan aksesori bolster bersekuin.Hasilnya pasti amat berbeza setiap minggu.itu antara experiment mudah yang kita boleh lakukan.Saya amat berbesar hati sekiranya idea ini diguna pakai secara meluas.

Tidak cukup dengan itu,saya masih lagi memikirkan pembawakan baru dalam dunia rekebentuk dalaman.Kawan yang sama juga ada bertanya,Banyak betul angan-angan saya.tapi apakan daya, memang itulah cara untuk kita cari makan. Kena selangkah kehadapan dari orang lain. Saya kena perah otak untuk membuat kelainan dan membezakan deandaud dan pereka lain.mereka pasti ada kelebihan masing-masing dan saya masih mengejar peluang untuk membina empayar dan tag nama saya sendiri.

Simpan Atau sembunyi


Ketika menyusun barang-barang anda, perkara pertama yang anda kena faham adalah,setelah menyimpan, adakah mudah untuk mendapatkannya?maknanya apabila kita mencari barang-barang kita yang telah kita simpan,adakah kita terpaksa menyelongkar semula untuk mencarinya?Bunyi nya agak selalu dengar kan? Inilah kebiasaan yang kita lakukan.(kadang-kadang saya pun berselerak apabila mencari barang)Inilah yang saya cuba atasi dan antara kaedah guna pakai yang saya dapati berkesan adalah system label.Setelah kita menyimpan barang-barang,perkara pertama yang dapat memudahkan kita apabila mencari semula barang-barang kita adalah meletakkan label pada kotak simpanan.kaedah ini juga elok diaplikasikan pada barang-barang didalam kabinet dapur kita.barulah tak ‘menjajor’ mencari barang apabila diperlukan.mana letak garam,mana letak kunyit,mana simpan sudu mana simpan cetak kuih

Fokus kepada tajuk saya-simpan atau sembunyi. Saya rasa,pembaca harus faham,konsep menyimpan barang adalah meletakkan ianya untuk berada dalam keadaan yang baik dan mudah untuk diambil apabila ingin menggunakannya.pada hari ini,banyak syarikat perabut dan system penyimpanan memperkenalkan konsep menyimpan barang tetapi tidak secara sembunyi.trend membuat almari pakaian yang agak semi transparent pada kemasan pintu atau sesetengahnya memperkenalkan sistem walk in wardrobe.ini membuktikan penerimaan pengguna terhadap ideologi~ menyimpan bukan menyembunyikan dari pandangan.Kalau kita semua perasan,konsep open shelf sudah meluas digunakan.Dahulu kala kita akan meletakkan semua barangan kita didalam almari dan ditutup rapat-rapat supaya terhindar dari pandanga orang lain.Kaedah ini mudah diselanggarakan kerana jika barangan kita tidak terlalu teratur,hanya kita sahaja yang mengetahuinya.Ini yang saya gelar sembunyikan.Berbeza dengan kaedah kedua iaitu meletakkan barangan kita dan menyusunnya sambil memastikan ianya dalam keadaan sentiasa teratur.Ini pula adalah kaedah menyimpan.Jadi saya sdeang mengkaji masyarakat kita suka simpan atau sembunyi?terpulang lah pada penerimaan pembaca sekalian. Kedua-duanya ada pro dan kontra.

Bercerita berkenaan isu kita kali ini, yang saya ingin kongsikan cerita berkenaan arwah nenek tiri saya,tergelak saya memikirkan satu masa dahulu,orang-orang memang gemar menjadikan “harta pusaka” sebagai hiasan dalaman mereka.saya kerap bertanya pada mama saya dahulu dan saya masih belum faham sampai sekarang,kenapa ramai dari masyarakat kita gemar menjadikan pinggan mangkuk sebagai pameran diruang tamu?bagilah apa jawapan sekali pun,saya tetap kurang bersetuju.kalau nak pun mungkin pameran pinggan mangkuk ini sesuai di buat dikedai yang menjual pinggan mangkuk atau disudut dapur bukan di ruang tamu.Berbalik kepada cerita arwah nenek saya,kegemaran nya pun sama,menyusun pinggan mangkuk yang berbagai warna untuk pameran DI RUANG TAMU.ermmm.. siapalah saya ketika itu untuk mempersoalkan kesesuaiannya.Sebenarnya hal ini bukanlah salah mandatory tetapi ‘kureng sesuwei”… bayangkan lah apa fungsi dan kaitan pinggan mangkuk dengan ruang meyambut tetamu? Nanti kalau tetamu lapar sebab Nampak pinggan mangkuk, kan satu kerja kita nak kena hidangkan makanan untuk mereka.Lain lah kalau nak letakkan di ruang dapur atau paling-paling pun letakkan di ruang makan(dining area).harapnya selepas ini, bagi mereka-mereka yang teringin meletakkan pinggan mangkuk,sudip dan kuali yang mahal-mahal tu diruang tamu, sila fikirkan semula.Bukan nak jadi ‘kepochi’ tetapi saya rasa ini adalah tanggungjawab saya dalam mendidik pembaca sekalian(jangan ambil hati)

Tidak habis disitu sahaja cerita berkenaan pameran arwah nenek saya ini,dia seorang yang kreatif,antara aktiviti yang sering dia lakukan adalah membuat bunga dari bahan-bahan terbuang(walaupun terpaksa membeli sesetengah dari barangan itu) memang banyak hasil kerja tangan dia. Ada bunga dari plastik,bunga dari lilin, bunga dari straw, bunga dari guni dan macam-macam lagi, namakan sahaja, dia akan hasilkan.Nak dijadikan cerita, dia juga akan meletakkan bunga bunga kesayangan dia ini di dalam almari.bukan satu jambagan sahaja,tetapi berpuluh-puluh.fungsi cabinet simpanan nya telah diubah dari almari penyimpanan menjadi almari pameran. Pelik dan lucu.Jadi apabila saya balik kekampung,selalunya saya akan sibuk meneliti hasil kerja tangan nya(sebab saya amat menghargai bunga)sehinggakan apabila menangkap gambar keluarga tau bersama-sama sepupu yang lain,saya akan mengambil satu jambangan dan dibawa sama bergambar.Selepas itu pasti saya kan diperli dan diketawakan.Semoga cerita yang saya utara kan pada kali ini dapat direnung dan dikaji bersama oleh para pembaca.Persoalan simpan atau sembunyi ?kedua-dua kaedah ini boleh diguna pakai,terpulang pada kerajinan dan keinginan pembaca sekalian.