Sunday, June 29, 2008

Berapa sen harga sesebuah ambiance?


Ingat lagi cerita saya berkenaan harga cekik darah di Kl sentral? yang mengenakan charge rm2.90 untuk segelas sirap orang kawin(sirap kosong).. lanjutan cerita tu.. tapi ni kisah lain. minggu lepas, kereta "porsche" kesayangan saya rosak di Lrt station terminal putra gombak... sementara menunggu rescue dari ayah.. (yang kononnya saya minta buat jump start) saya pun melepak la di sebuah gerai.. bila jek masuk gerai ni, saya tros mengambil 3 goreng pisang dan 3 keledek.. sangka rm2.00 la.. biasalah kan selalunya bebenda bergoreng ni hargenya 3 singgit. tapi bila makcik tu cakap "oooo.. satu keping seposen nak..bagai nak terempas pinggan plastik dari tangan"... heran.. saya tanya lagi makcik tu.. makcik ada lagi ker makanan semurah ni? makcik tu kata "nak untung banyak mana? harga camtu dah balik modal dah.. lagi pun nak bantu org2 susah yang nak beli makanan disamping dia boleh tampung kehidupan dgn harga sebegitu pun.. "so dengan rase sebak dah menyanjung tinggi keluhuran makcik tu, saya borong lagik makanan(tu disamping bosan tunggu + kira sebab lapar la... ekekekek).. so saya pun duduk kat gerai yang beratap zink tu sambil berfikir.. mahal rupanya harga untuk makan beserta suasana. kalau macam makcik ni, berbumbungkan zink.. takyah masukkan harga suasana dalam makanan...murah jek.. jadi saya doakan makcik yang bukak kedai di selekoh lrt ni.. dimurahkan rezeki... dan apabila mendengar cerita makcik ni.. semua anak-anak dia berjaya.. sebab rezeki di berkati kot... jadi sesiapa yang bukak kedai.. anda boleh la meletakkan harga sedikit tinggi tetapi kena la seimbang dengan menyediakan suasana yang menarik dan extravaganza..... tak gitew?(memandang semua perkara dalam hidup tetap dengan pandangan seorang jurureka dalaman ....kannnnn?)

3 comments:

Dainel said...

perghhhh... dikala kegawatan ekonomi ini.... ade baiknya lu bgtau gua katner kedai tu.....

Hidemichimomotani said...

Sekeping seposen serius susahnyer nak percaya. Kat Seberang Prai pun tak dapat harga camtu.
Tapi ayat memasukkan harga suasana dalam makanan tu...good one!hahahahaha!

ted said...

oi housemate haha