Tuesday, June 10, 2008

Bila designer menjadi Pengkritik


Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 7.30 petang.Rasanya dah setengah jam berlalu.
Memang menjadi peel saya”kurang gemar” menunggu orang.Tapi janji untuk bertemu kakak saya petang itu memang telah dipersetujui dari awal selepas solat maghrib.Jadi saya kena mencari alternative bagi menyedapkan hati sendiri untuk menunggu dan dari detik inilah cerita dalam sembang pereka untuk kali ini bermula.Lokasi di Kl sentral memang sengaja dipilih.Semenjak Harga minyak naik melambung-lambung macam Kuih apam terlebih serbuk penaik,kami adik beradik mengambil kata putus untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk pergi balik kerja.Biarlah berhimpit-himpit didalam dek asalkan poket kami tak terhimpit.Sambil menggendong beg sandang,saya berjalan-jalan pusing melihat-lihat ekspo barangan perhiasan .Banyak barangan hiasan dari China,Thailand dan barangan tempatan yang dijual murah ditengah-tengah ruang dalaman Kl sentral.Pandai pihak pengurusan memanfaatkan setiap ruang agar tidak terbiar.Kiosk-kiosk dicanai indah agar selesa pengunjung untuk membeli belah.Usaha sebegini haruslah diteruskan.Disamping menambah nilai bagi sewaan peniaga, mata pengunjung yang memandang pun senantiasa sejuk.Kl sentral yang gah dah tersohor ini memang lah amat memudahkan. Tapi selaku pengguna,masyarakat dan Jurureka dalaman khasnya,tiba-tiba ada sesuatu perasaan yang memberontak dan ingin benar saya suarakan kekesalan dihati.Berdoyon-doyon pengguna LRT,komuter dan berlambak-lambak mereka-mereka yang menunggu penerbangan-maklumlah lapangan terbang berkonsep maya.Makanya kesesakan sebegini memang boleh dijangkakan.Mata saya melilau mencari ruang solat,dan selesai solat,hati ini terdetik mengkritik,sebagai Negara yang memperakui Agama Islam sebagai agama rasmi didalam rukun negaranya,Setakat ini sahajakah kemampuan pihak pengurusan untuk menyediakan Kawasan bagi ruang solat?Bukan saya mahu menghentam.Tapi ingin memberi sedikit cadangan agar membuka mata dan pemikiran ,sebagai central kepada semua aktiviti system pengangkutan,pastinya tempat menunaikan solat haruslah boleh menampung kapasiti pengguna.Bukan tangkap muat!Mungkin prejudis apabila seseorang jurureka memandang sebuah bilik yang dilengkapi dengan hamparan alas sembahyang tanpa sedikitpun rekaan dekorasi melambangkan keindahan islam.Sayang,kalaulah sedikit usaha dilakukan untuk memperbesarkan dan memperindahkan ruang solat itu sejajar untuk membawa nama Kl sentral yang gah itu.Jangan salah anggap ye pembaca. Saya bukanlah Pendakwah yang amat sensitive dan ekstreem. Tetapi logic bila kita memperkatakan ruang solat di Kl sentral itu harus direnovasi.Atas nama detail-detail sebeginilah kecekapan dan efisensi sesebuah organisasi dapat dinilai.
Tidak habis disitu sahaja episode kritik-mengkritik saya,rentetan peristiwa terkilan saya berlanjutan.tetapi kali ini saya membebel sambil melayan tekak yang haus.Sirap merupakan minuman tercepat,termudah dan terbaik untuk memuaskan hati saya.Apa lagi sambil membuat pesanan segelas sirap.mata tak berhenti-henti meninjau ambiance café.Sudah memang sebati dalam darah daging,jadi tabiat saya suka menghakimi sesebuah dekorasi tempat yang saya kunjungi.Bukannya apa.Sebagai pelanggan kadang-kadang kita membayar harga makanan dan minuman bersekali dengan harga ambiance sesebuah ruang.Pembaca jangan terkejut!Ini adalah realitinya.Kebanyakkan dekorasi restaurant dibuat dengan penuh keindahan agar harga di dalam menu makanan boleh dinaikkan.Ini lumrah dan amat adil kepada semua.Saya menyokong usaha ini.Apabila kita mencari tempat untuk melayan tekak kita,kadang-kadang tanpa kita sedari kita memilih berdasarkan dekorasi dan keselesaan ruang dalaman dan mereka ini menjual suasana.Tidak salah rasanya sebagai pengguna,kita ada hak untuk memilih yang murah dan sedap,atau yang mahal dan sedap atau untuk memilih makan di restaurant yang mahal,cantik dan sedap.Variasi dan kepelbagaian ini adalah sesuatu yang positif.dan ini juga hak kita untuk membeli suasana ruang itu sendiri.Jika diluar Negara,ramai pemilik café atau restaurant tampil dengan idea-idea bernas dan kepelbagaian konsep untuk menarik pelanggan.pelanggan memilih untuk masuk ke café berhantu,café bawah laut,café atas kubur,café dalam hutan dan banyak lagi.Pada hakikatnya,bukan menu makanan yang menjadi taruhan semata-mata tetapi dekorasi suasana itu sendiri.Agaknya berapa harga ruang dalaman ini?bagaimana hendak menentukan nilainya?Berapa ringgit harga minuman dan makanannya?pastinya kreativiti adalah parameter bagi menentukan harga menu.bagi pembaca yang merancang untuk membuka perniagaan makanan, harus di ingati, bahawa pelanggan amat menghargai suasana yang anda tawarkan.Pastinya selera akan terbuka apabila ruang dalaman yang disediakan amat tenteram dan mengasyikkan.Keuntungan pasti berganda!Puas meneguk air sirap kegemaran,tanpa disedari kelibat kakak saya muncul didepan mata.Masa dah sampai,waktu untuk balik!Bagai kanak-kanak mendapat aiskerim.Cukup gembira!Selesai tugas saya menunggu orang.saya meminta bil.Arghhhh! terkejut beruk saya bila melihatkan sekeping bil sampai dengan cetakkan –SIRAP –RM2.90. wah! Biar betul café ni.Menyesal saya pilih café disebelah kaunter LRT ni.Ingatkan pilihan yang saya buat kali ini betul apabila mengetepikan faktor dekorasi agar harganya murah.Rupa-rupanya tanggapan saya meleset.Makanya sepantas kilat otak saya berfikir.Salah saya atau salah tuan empunya kedai. Dan konklusinya adalah salah tuan empunya kedai.MENGAPA? kalau soalan itulah yang pembaca lontarkan kepada saya,Jawapannya mudah.Kesalahan pertama,Tuan empunya kedai tidak meletakkan usaha untuk membuatkan ruang dekorasinya melambangkan kelas tersendiri.Terlalu Sempoi bak kata budak-budak muda.Langsung tiada usaha untuk memperindahkan dekorasinya walhal ianya terletak didalam kompleks masyhur yang dikunjungi orang ramai.kesalahan Kedua ianya terlalu mahal.Tidak kena pada harganya.Inikah yang dinamakan Inflasi?Dan kesalahan ketiga,tiada paparan tanda harga untuk sirap.saya terus membebel.Ingatkan murah sebab hiasan dalamannya biasa-biasa sahaja. Nak di kata saya bayar harga sirap beserta harga hiasan dalaman,jauh sekali.Tiada dekorasi!Setelah sampai dirumah dan puas berehat,saya kembali berfikir secara rasional.Tertanya-tanya sendiri.Terlalu emosi ke saya hari ini akibat menunggu orang(maklumlah aktiviti menunggu orang ni amat saya malas lakukan)habis semua keadaan saya kritik!.Tapi apabila saya fikirkan secara terperinci sebelum tidur saya rumuskan bahawa bukan sebab saya terlalu emosi tetapi selaku masyarakat dan jurureka dalaman,ini tanggung jawab saya untuk mendidik, di kesempatan ini saya harus berkongsi idea agar pembaca nampak apa yang patut kita fikirkan dan apa yang patut kita jauhi.Dan hasilnya tanpa berlengah saya sambar laptop dan dengan pantasnya jari ini menari-nari menulis topic untuk ruangan sembang pereka agar pembaca dapat berkongsi pengalaman saya dan sama-sama berfikir apa kebenarannya.

2 comments:

Dainel said...

mungkin pemilik premis tersebut perlu menambah dekorasi selain rekabentuk premis iaitu pelayan yang menyelerakan pandangan umum. itupun jika takut untuk mengeluarkan bajet memperindahkan premis dari sudut rekabentuk :-)

Hidemichimomotani said...

Rekabentuk pelayan juga penting!