Thursday, October 23, 2008

Simpan Atau sembunyi


Ketika menyusun barang-barang anda, perkara pertama yang anda kena faham adalah,setelah menyimpan, adakah mudah untuk mendapatkannya?maknanya apabila kita mencari barang-barang kita yang telah kita simpan,adakah kita terpaksa menyelongkar semula untuk mencarinya?Bunyi nya agak selalu dengar kan? Inilah kebiasaan yang kita lakukan.(kadang-kadang saya pun berselerak apabila mencari barang)Inilah yang saya cuba atasi dan antara kaedah guna pakai yang saya dapati berkesan adalah system label.Setelah kita menyimpan barang-barang,perkara pertama yang dapat memudahkan kita apabila mencari semula barang-barang kita adalah meletakkan label pada kotak simpanan.kaedah ini juga elok diaplikasikan pada barang-barang didalam kabinet dapur kita.barulah tak ‘menjajor’ mencari barang apabila diperlukan.mana letak garam,mana letak kunyit,mana simpan sudu mana simpan cetak kuih

Fokus kepada tajuk saya-simpan atau sembunyi. Saya rasa,pembaca harus faham,konsep menyimpan barang adalah meletakkan ianya untuk berada dalam keadaan yang baik dan mudah untuk diambil apabila ingin menggunakannya.pada hari ini,banyak syarikat perabut dan system penyimpanan memperkenalkan konsep menyimpan barang tetapi tidak secara sembunyi.trend membuat almari pakaian yang agak semi transparent pada kemasan pintu atau sesetengahnya memperkenalkan sistem walk in wardrobe.ini membuktikan penerimaan pengguna terhadap ideologi~ menyimpan bukan menyembunyikan dari pandangan.Kalau kita semua perasan,konsep open shelf sudah meluas digunakan.Dahulu kala kita akan meletakkan semua barangan kita didalam almari dan ditutup rapat-rapat supaya terhindar dari pandanga orang lain.Kaedah ini mudah diselanggarakan kerana jika barangan kita tidak terlalu teratur,hanya kita sahaja yang mengetahuinya.Ini yang saya gelar sembunyikan.Berbeza dengan kaedah kedua iaitu meletakkan barangan kita dan menyusunnya sambil memastikan ianya dalam keadaan sentiasa teratur.Ini pula adalah kaedah menyimpan.Jadi saya sdeang mengkaji masyarakat kita suka simpan atau sembunyi?terpulang lah pada penerimaan pembaca sekalian. Kedua-duanya ada pro dan kontra.

Bercerita berkenaan isu kita kali ini, yang saya ingin kongsikan cerita berkenaan arwah nenek tiri saya,tergelak saya memikirkan satu masa dahulu,orang-orang memang gemar menjadikan “harta pusaka” sebagai hiasan dalaman mereka.saya kerap bertanya pada mama saya dahulu dan saya masih belum faham sampai sekarang,kenapa ramai dari masyarakat kita gemar menjadikan pinggan mangkuk sebagai pameran diruang tamu?bagilah apa jawapan sekali pun,saya tetap kurang bersetuju.kalau nak pun mungkin pameran pinggan mangkuk ini sesuai di buat dikedai yang menjual pinggan mangkuk atau disudut dapur bukan di ruang tamu.Berbalik kepada cerita arwah nenek saya,kegemaran nya pun sama,menyusun pinggan mangkuk yang berbagai warna untuk pameran DI RUANG TAMU.ermmm.. siapalah saya ketika itu untuk mempersoalkan kesesuaiannya.Sebenarnya hal ini bukanlah salah mandatory tetapi ‘kureng sesuwei”… bayangkan lah apa fungsi dan kaitan pinggan mangkuk dengan ruang meyambut tetamu? Nanti kalau tetamu lapar sebab Nampak pinggan mangkuk, kan satu kerja kita nak kena hidangkan makanan untuk mereka.Lain lah kalau nak letakkan di ruang dapur atau paling-paling pun letakkan di ruang makan(dining area).harapnya selepas ini, bagi mereka-mereka yang teringin meletakkan pinggan mangkuk,sudip dan kuali yang mahal-mahal tu diruang tamu, sila fikirkan semula.Bukan nak jadi ‘kepochi’ tetapi saya rasa ini adalah tanggungjawab saya dalam mendidik pembaca sekalian(jangan ambil hati)

Tidak habis disitu sahaja cerita berkenaan pameran arwah nenek saya ini,dia seorang yang kreatif,antara aktiviti yang sering dia lakukan adalah membuat bunga dari bahan-bahan terbuang(walaupun terpaksa membeli sesetengah dari barangan itu) memang banyak hasil kerja tangan dia. Ada bunga dari plastik,bunga dari lilin, bunga dari straw, bunga dari guni dan macam-macam lagi, namakan sahaja, dia akan hasilkan.Nak dijadikan cerita, dia juga akan meletakkan bunga bunga kesayangan dia ini di dalam almari.bukan satu jambagan sahaja,tetapi berpuluh-puluh.fungsi cabinet simpanan nya telah diubah dari almari penyimpanan menjadi almari pameran. Pelik dan lucu.Jadi apabila saya balik kekampung,selalunya saya akan sibuk meneliti hasil kerja tangan nya(sebab saya amat menghargai bunga)sehinggakan apabila menangkap gambar keluarga tau bersama-sama sepupu yang lain,saya akan mengambil satu jambangan dan dibawa sama bergambar.Selepas itu pasti saya kan diperli dan diketawakan.Semoga cerita yang saya utara kan pada kali ini dapat direnung dan dikaji bersama oleh para pembaca.Persoalan simpan atau sembunyi ?kedua-dua kaedah ini boleh diguna pakai,terpulang pada kerajinan dan keinginan pembaca sekalian.

1 comment:

Nanie said...

i agree, rasanya elokla melabelkan , so x berkecah kan. Thanks