Tuesday, June 10, 2008

Interior Fashion-apa itu?



Seorang wanita bekulit sawo matang, cantik rupa paras, tinggi lampai dan bertubuh ramping, ranggi berjalan di sebuah shopping complex,kelihatan Sunglass yang agak over the top,membimbit beg tangan Prada, berkasut LV-killer heels,jeans yang ditatas rias Armani belt dan terlekap indah baby- t tertera “DIOR”.Pastinya menarik setiap mata memandangnya. Ringkas tetapi ‘bomb!!!’.

Analogi mudah untuk membayangkan Fashion dan jenama memainkan peranan yang penting dalam penampilan diri.Era yang membayangkan Konsultansi dari interior designer bertauliah untuk menetap-tentukan concept sesebuah ruang dalaman itu sebagai ‘kerja-kerja orang kaya’ sudah lama berlalu.Hari ini. Kesesuaian dan factor estetika sesebuah dekorasi itu adalah penting dalam menggambarkan pesonaliti seseorang. Kalau kita sedar, sudah ramai orang menggunakan khidmat fesyen designer berbanding menempah baju pada seorang ‘tailor’.anjakan sebegini seharusnya di pandang positif. Ia membawa maksud sudah ramai mereka-mereka yang sedar akan kesesuaian seseorang dalam kepelbagaian penampilan.jadinya pandangan ‘pakar’ amat diperlukan

Sebagai seorang Interior designer yang sudah hampir sedekat bergelumang dengan interior design,telah banyak fashion, dan concept yang sempat menjengah dalam menata rias ruang dalaman.sudah banyak kajian dan pemerhatian yang saya buat, Amat berbesar hati untuk saya melunaskan tanggung jawab saya untuk meng’edukasi’ masyarakat apa rasionalnya mendekati bidang hiasan dalaman dengan dibimbing informasinya oleh seorang ‘Jurureka dalaman bertauliah’.Impaknya pasti berbeza!

Jika selama ini, ramai dari pencinta seni hiasan dalaman kenal apa definisi interior design,membuat kajian dan bersoal jawab dengan seseorang pereka dalaman tapi industri ini memerlukan satu anjakan-(mungkin bunyinya terlalu ekstrem).Ini lah kenyataannya. Pada pandangan saya, bukan semua orang sesuai pada ruang dalaman yang mereka rasakan cantik. Disinilah tanggunjawab seseorang pereka dalaman bagi menyakinkan setiap insan mempunyai keterampilan yang berbeza. Dan kepakaran inilah yang harus di promosikan oleh para designer sekalian. Saya ingin secara rasminya dan secara besar-besaran mengajak para designer mempromosikan “INTERIOR FASHION” semoga masyarakat dapat mengenal pasti apakah kesesuaian ruang dalam dengan aura pemiliknya.

Hari ini, kebanyakan pemilik premis yang ingin membuat renovasi akan mendapatkan khidmat konsultansi dari jurureka dalaman.Ini merupakan satu perkembangan yang sihat!! Bukan hanya tangkap muat. Tapi satu permasalahan bagi saya (mungkin bukan masalah pada designer yang lain),perspektif sesebuah rekaan hanya terbatas pada beberapa konsep yang sering digunakan. Hanya aplikasi sahaja yang berbeza. Mereka masih membentangkan konsep zen, retro, futuristic,kontemporari dan sebagainya.Memang tiada salahnya. Tapi sampai bila? Satu perubahan perlu dilakukan disini.Saya benar-benar bercita-cita tinggi untuk membuat satu anjakan paradigma. Terutama kepada rakan seperjuangan-Pereka dalaman.sudah tiba masanya persepsi sebegini di anjak-alih. Kita harus memperjuangkan satu cara baru memperkenalkan konsep rekaan.Sebenarnya kalau kita sama-sama perasan akan trend membeli belah sekarang,ramai mereka yang mempunyai citarasa tinggi,membeli mengikut label.’Oh! saya Baru beli cardigan prada.,season ni punya.. in trend...ye lah nak matchkan dengan belt LV ni..,harga ok-ok sahaja...”
“Eh.. I like your Cuffling.Dunhill kan.. nice!!!... begitulah agungnya label bagi sesebuah barangan. Jarang(mungkin tiada) orang kata.. “lawa la t-shirt tradisional awak.tali pinggang contemporary tu match la…mesti mahal…’ begitulah perumpamaan nya. Satu hari nanti.saya berbangga kalau seseorang pelanggan meminta rekaan rumahnya berkonsepkan DEANDAUD DESIGN atau bertemakan CIK NORKIAH, atau pejabat yang berkonsepkan AH SENG.masing masing ada identity sendiri dan orang amat kenal dan peka dengan arus ini. Inilah Perubahan yang amat membanggakan dan ianya digelar-INTERIOR FASHION’.Kepekaan masyarakat pada hiasan dalaman bukan lagi berpandukan konsep tapi label nama.

Paling utama dalam sesebuah casa adalah ruang tamunya. Disinilah segala karektor pemilik kediaman dapat dipertontonkan kepada tetamu. Oleh hal yang demikian, ketelitian dalam menentukan detail dalam menghias ruang ini haruslah diberi perhatian 120%.Biar extravaganza! Namun bukan carcamarba! disinilah kebijaksanaan seorang consultant teruji-bagaimana mempamerkan karektor pemilik dan dalam masa yang sama memastikan semua perabut dan pemilihan ‘soft furnishing” tersusun dan terindah!

Agak kerap saya mendengar ungkapan “I pilih barangan ni masa I melancong di paris”- “ohh.. furniture ni saya beli masa bulan madu di bali”-cantikkan pasu ni, I beli kat china”.” I gabungkan dekorasi ni ikut gerak hati sahaja”. Mungkin ada benarnya, kadangkala nampak cantik,tapi puaskah hati anda dengan ‘kadangkala’. seharusnya setiap sudut ruang dalam itu kelihatan menarik dan tersusun. Tiada pencanggahan dalam menyusun atur.Jangan mengambil risiko. Setiap pemilihan hendaklah terancang.bagi yang mahu ‘cover line’ mereka menggunakan alasan tema eclectic.tapi sejauh mana alasan ini harus digunakan tanpa rasa bersalah. Takkan kita suka melihat seorang perempuan memakai semua barang kemas seperti gelang sampai ke siku, cincin disarung di semua jari, rantai dililit sampai bengkok lehernya-cukup sarat dan menggunakan alasan ‘eclectic’ . amat jangal bukan! Begitulah hiasan dalam dipandang dari kaca mata seorang designer seperti saya.

Tema seperti tropika, zen, nusantara, retro, cubisme, modern,futuristic dan berbagai lagi konsep sering dipaparkan dalam informasi ruang dalaman. Hari ini, kemudahan internet dan majalah dekor banyak membantu. Tetapi sejauh mana ketepatan fashion ruang dalaman ini bagi seseorang?kena ke gayanya?tepat kah temanya?harus diketahui bahawa setiap ruang ada rohnya.Maka kehadiran seseorang pereka dalaman bagi membantu pemilihan tema supaya visi memanusiawikan sesebuah ruang (humanizing the space) tercapai.dan percayalah ini bukan kerja mudah.bagi mereka yang mementingkan penampilan diri pastinya penampilan ruang miliknya juga di utamakan.

Oleh itu, sekali lagi saya tekan kan disini,Bukan cara berpakaian sahaja yang harus peka dengan perubahan fesyen, seharusnya ruang milik kita juga selari dengan dengan kehendak dan gaya kita.makanya dapatkan mereka yang pakar dalam membantu diri kita agar selari dengan peredaran zaman.

3 comments:

nashzelima said...

seperti fesyen pun ada tema mengikut musim dan trend..ada clasic..contemporary dan juga modern yg kdg2 diterapkan elemen2 nature, culture dll..begitu juga warna...itu semua mengikut daya kreatif designer2 agung fesyen yg menjadi trendsetter dunia fesyen kita..mungkin 1 hari kita bole jadi trendsetter dunia rekabentuk dalaman bersama...chewahhh..jadi disini nak tanya kalau nak guna konsultasi Deandauddesign apakah konsepnyer?

dean daud design said...

Thanks sebab tunjukkan minat utk mengetahui lebih mendalam berkenaan interior fesyen. Saya suka gak cadangan "kolaborasi bersama untuk menjadi trendsetter..Insyallah.. boleh diusahakan.. Kebanyakkan design saya lebih ke arah eklektisme.. ermmm.. akan diterangkan dengan lebih lanjut lagi di dalam artikel akan datang

faiez akhbar said...

Salam.bro, saya masih belajar di tingkatan 5...dan saya amat berminat dlam interior design ni..boleh tak bro bagi tahu..universiti/kolej mana yg bro masuk dulu? n adakah kerja sebagai interior designer ini agak stress?