Thursday, July 16, 2009

Katalog hamper raya Aidilfitri 2009


Di lampirkan beberapa pilihan Hamper raya aidilfitri 2009 by Deandaud Design

Hamper Hari Raya Aidilfitri 2009

Sempena menyambut aidilfitri ini,Deandaud design menawarkan pilihan hamper paling vogue di pasaran untuk korporat dan perseorangan,Pilihan standard hamper bermula dengan harga rm50.00(small)-mengandungi 1 pilihan biskut raya modern dan kad ucapan/rm150.00 (medium)-mengandungi 1 pilihan kuih tradisional,2 pilihan biskut modern serta kad ucapan/ &
rm250.00 (large)-,mengandungi 2 pilihan kuih tradisional dan 2 pilihan biskut modern beserta kad ucapan.Penghantaran secara percuma di lembah klang. Sila buat tempahan anda sebelum minggu kedua bulan puasa di alamat email deandaud@yahoo.com atau telefon 0132355915.

Thursday, April 23, 2009

Pengumuman Penting

Kepada Cik Anida, yang telah mendapatkan perkhidmatan konsultansi saya berkenaan Proposal untuk Money changer, saya minta jasa baik anda untuk menghubungi saya di talian 0132355915 kerana saya telah kehilangan nombor telefon anda yang saya simpan di talian 018 saya.Kesilapan atas kehilangan nombor telefon anda telah mengakibatkan perbincangan kita tergendala.saya benar-bear meminta maaf atas kesulitan ini.Diminta anda menghubungi saya.Terima kasih

Wednesday, March 18, 2009

20hb Mac. Genap sebulan dari tarikh istimewa,deandaud design melancarkan barangan fesyen dekorasi rumah untuk anda semua.Berpegang pada prinsip 'mampu milik'.deandaud design menawarkan pilihan barangan berkualiti dan 'up market' kepada anda.Sila buat tempahan dan nikmati dekorasi terkini dalam melengkapkan keindahan ruang dalaman anda.tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 0182099950 atau e-mailkan tempahan anda ke alamat e mail deandaud@yahoo.com-
*Cara-cara membuat tempahan akan diberitahu melalui e mail.Penghantaran kerumah melalui pos atau 'by Hand' turut ditawarkan.
Antara Barangan yang terdapat didalam koleksi DEANofART adalah :

Wine Glass(replica) - Rm 130.00 (Huge)
Wine Glass (replica) - Rm 30.00 (Small)
Sexy Glass Bowl -Rm 100.00
Glass Bowl 1 -Rm 120.00(tall)
Glass Bowl 2 - Rm110.00 Glass Vase 1 - Rm 120.00(big) Glass Vase 2 - Rm 80.00(medium)

Saturday, March 7, 2009

Floor lamp serendah Rm800.00


Kepada rakan-rakan pembaca sekalian, saya memiliki 5 buah 'floor lamp' , kepada sesiapa yang ingin membeli,harga hanya rm 800.00.prinsip 'siapa awal akan dapat' diamalkan. sila buat tempahan sementara stok masih ada.sila email melalui alamat e mail deandaud@yahoo.com .

Thursday, February 12, 2009

Krisis Ekonomi-Jom Main pondok-pondok!


Angka 8 membawa ‘ong’.Inilah antara kepercayaan rata-rata masyarakat cina.makanya berebut-rebutlah kebanyakan antara mereka yang berhempas pulas mendapatkan sebanyak mungkin angka lapan di nombor telefon bimbit,nombor rumah malah nombor plat kereta.Namun entah secara kebetulan atau ada cerita tersirat disebalik hakikat keindahan angka lapan ini.Perasankah antara pembaca sekalian sekitar tahun 1988,1998 dan 2008,Krisis ekonomi berlaku genap setiap 10 tahun samada diskala global atau perimeter benua asia sahaja.Pelik tapi benar kan?Mungkin ini bukan kepakaran saya untuk tuntas merungkai misteri disebalik angka keramat ini.

Itulah antara bait-bait “bijak pandai” yang cuba saya titipkan bagi pembuka bicara dalam artikel sembang pereka kali ini.Bak kata budak-budak apabila bermain pondok-pondok Konon-konon nak tunjuk terror”.Dalam pada kita ralit berhadapan dengan krisis ekonomi,selaku jurureka dalaman,saya turut memikirkan apa cara terbaik untuk kita menghadapinya.iyalah waktu-waktu ekonomi merundum,takkan semua kerja tergendala,takkan rumah kita sendiri pun muram suasana tanpa sentuhan idea baru dan segar.Justeru saya tiba-tiba mendapat idea untuk menulis artikel saya kali ini be’resepi’kan krisis ekonomi.

Kalau pembaca masih ingat,sewaktu zaman kecil-kecil dulu(sebelum permainan sega,nintendo,playstation,wii dan bemacam-macam lagi menguasai pasaran)Apakah permainan yang agak ‘fofular’ dikalangan kanak-kanak?Pastinya dalam sepuluh senarai permainan termasyhur,permainan pondok-pondok merupakan antara ‘top of chart’ kan? Dunia fantasi kekeluargaan di adaptasi dalam permainan.Lucu kan? Saya memang agak senang bercampur rakan-rakan sekeliling yang bermain pondok-pondok.(maklumlah adik-beradik semua kaum hawa)Untuk pengetahuan pembaca sekalian,antara kegemaran saya ketika itu adalah melengkapkan props rumah tangga.(rasanya dunia dekorasi memang dah berada dalam darah daging sejak kecil)Saya rasa puas apabila dapat mendekorasi sesebuah kawasan permainan itu menjadi lengkap seperti sebuah rumah yang terdiri dari bilik tamu, bilik tidur,ruang makan dan sebagainya.Hari ini,apabila terimbas semula kenangan-kenangan silam seperti ini,saya secara tidak langsung mendapat idea untuk mendekorasi rumah mengikut konsep pondok-pondok-iaini menyuai-padankan susunan perabut ketika kita sibuk berhadapan dengan krisis ekonomi.Tentu pembaca tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba DeanDaud sampaikan kan?

Secara jujurnya,Banyak perkakas rumah yang kita miliki tetapi kita tidak perasan akan kewujudan nya atau dalam kata yang lebih mudah,tak tau pun yang benda alah ni berguna untuk memperindah kediaman kita.Nah!inilah masanya kita bereksplorasi dan bereksperimentasi dengan perkakas dan perabut lama.

Umpama bermain pondok-pondok,suai-padanan antara perabut yang terperap dalam stor atau mempergunakan barangan kitar semula sebagai aksesori mungkin boleh membuktikan kita semakin bijak menanggani kebuntuan mendekorasi rumah.analoginya mudah,cuba bayangkan ketika anda menyelongkar almari lama nenek dan anda”sebat” kebaya pendek milik nenek,tambah pula anda jumpa cucuk sanggul nenek,makanya anda padankan dengan “bolero” yang baru dibeli.Pastinya kelihatan “vogue” dan fusion.Kan sesuatu yang segar! Pernah satu ketika saya kerumah teman saya-abang mie, dan apa yang mengejutkan saya adalah kreativitinya dalam mempergunakan bahan sekitar dalam mendekorasi rumah.Unik apabila penyapu lidi yang di sembur pewarna putin dan ditaburi manik menjadi perhiasan menggantikan jambangan bunga didalam pasu.Aneh tetapi menggiurkan.

Barangkali ada sesetengah dari pembaca lebih “berkenan’ dengan konsep dan style moden.Tapi sebenarnya kalau pembaca sekalian mencuba langkah berani dalam menggabungkan perabut moden dan sedikit padanan perabut antik,ideanya agak segar dan menakjubkan.Inilah yang membawa kita ke satu aras baru dalam penerimaan nilai estetik dekorasi.Makanya kita bolehlah menggunakan barangan lama yang pada awalnya kita rasakan sudah “out dated”.

Saya juga sejak kebelakangan ini menggunakan barangan lama dan terpakai dalam mendekorasi kediaman sendiri dan sesekali memberi cadangan kepada beberapa kenalan.Selain dapat menambahkan kreativiti dan keseronokkan bereksperimen,ianya juga dapat menjimatkan wang.Antara inovasi yang Berjaya dilakukan adalah teko lama yang pastinya kelihatan indah setelah ditataris dengan manik-manik berlian.langsir lama yang digabung dan di ubah suai menjadi idea baru,sarung kusyen yang ditambah aksesori buatan sendiri serta juraian manik yang di gabungkan menjadi pemidang.Inilah antara sumbangan saya dalam menghadapi perperangan menyelamatkan wang ketika krisis ekonomi dan dalam masa yang sama memastikan dekor tidak muram dan stagnant.Inilah konsep pondok-pondok kitar semula.

Kitar semula sebenarnya merupakan isu yang kerap dimainkan oleh aktivis pencinta alam.satu konsep yang membawa kepada kebaikan dan manfaat bersama.Selaku jurureka dalaman,kesedaran saya dan keprihatinan dalam menanggani isu ini menuntut saya mendidik anda untuk menyedari langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk sama-sama menyumbang kearah itu

Tuesday, January 27, 2009

new baby . new design . new project by dean daud design


Kolaborasi antara design dan fesyen. seperti yang sering di war-warkan oleh saya membawa saya ke satu langkah lagi di arena dekorasi.Di uji dengan expectation yang tinggi untuk menyediakan bilik bagi cahayamata pertama pelakon tersohor-ERRA FAZIRA.amat mengujakan dan mendebarkan...(maklumlah beliau ni seorang yang mempunyai citarasa tinggi dalam menentukan fesyennya.beliau merupakan ikon fesyen.Saya amat khuatir sekiranya tidak dapat memuaskan hati dan citarasanya) Namun apa yang lebih mengejutkan lagi adalah ERRA FAZIRA merupakan seorang yang tidak cerewet dan mendengar pandangan orang lain-amat menyenangkan..HHMMMMM kalau lah semua pelanggan sebegini...nyamannya dunia.

IERA-seorang kenalan saya yang amat rapat dengan primadona filem ini membawa satu lagi peluang dan kesempatan untuk DEANDAUD DESIGN bereksperimen dan menguji tahap kreativiti...makanya satu lagi projek terhasil dan saya amat gembira kerana inilah tujuan dan harapan saya dalam bidang ini.. menghasilkan satu pembawakan baru dalam dunia dekorasi.Tetapi saya benar-benar meminta maaf,kerna janji saya untuk menghormati privasi beliau,saya terpaksa menyimpan gambar-gambar bilik cahayamata pertama ERRA FAZIRA dan ENGKU EMRAN ini dalam simpanan peribadi sahaja.namun gambar kenangan saya dan beliau ada sisisipkan disini....