Tuesday, December 30, 2008

Pertandingan merekabentuk kulit buku


InsyAllah,dalam tahun 2009 cita-cita saya untuk menerbitkan buku peribadi saya akan tercapai.Sama-sama kita doakan ianya menjadi kenyataan.Perbincangan awal telah berjaya diadakan dan saya mengharapkan keadaan yang terbaik.Saya hanya mampu merancang.Kuasa penentuan di tangan pemegang alam.Semoga doa saya diberkati.Terlebih dahulu, adalah niat saya ini hanyalah untuk menyumbang pada masyarakat bagi berkongsi ilmu dan maklumat yang saya ada.Jadi untuk membuktikan saya ingin benar berkongsi kesyukuran ini,saya menjemput anda-anda untuk menyertai pertandingan merekabentuk kulit buku bertajuk DEAN OF INTERIOR.Pemenang yang terpilih akan mendapat satu sesi konsultansi dan makan malam secara percuma dengan saya.Jadi untuk itu.anda boleh memulakan penyertaan anda dan hantarkan rekaan anda ke alamat e mail deandaud@yahoo.com. Terima kasih atas minat anda

Thursday, December 25, 2008

Tahun Baru,rumah baru trend baru azam pun baru


Pejam celik-pejam celik,tahun baru menjelma lagi.Kebiasaannya hujung-hujung tahun sebegini,bonus merupakan topic yang amat sensasi untuk dibualkan.Apabila berbicara berkenaan bonus,tentu banyak ‘wishlist’ yang bermain dikepala.perabut baru,percutian, barangan berjenama,kereta baru,senak kepala memikirkan aturgaya perbelanjaan,bercerita berkenaan ‘BARU’,saya dan keluarga juga baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan baru.sebagai seorang jurureka bentuk dalaman,keluarga amat berharap saya mengeluarkan rekaan dan panduan baru terkini dalam menata gaya seisi rumah,tetapi secara berterus terang saya nyatakan,bajet merupakan halangan utama dalam melunaskan segala perancangan.Nasib baiklah saya mendapat perkenan dari ahli keluarga yang lain untuk sama-sama mengeluarkan modal bagi menyediakan berberapa barangan yang akan disuai-padankan dengan ruang dalam rumah kami.Seperti biasa,kakak dan adik saya juga telah dipujuk untuk menyumbangkan dana dalam menyiapkan bajet 2009.(macam sidang parlimen kan?)saya suka sekali mengingatkan pembaca sekalian,sebenarnya untuk mendapatkan ruang dalaman yang menarik, perbelanjaan bukan semestinya besar,yang penting minat yang mendalam.
Bercakap tentang minat,,saya mempunyai cerita berkenaan rakan baik saya,izwan yang akan masuk ke rumah baru pada awal tahun hadapan.Yang menariknya cerita berkenaan izwan ini,walaupun beliau telah menggunakan khidmat konsultansi dari saya dan beliau bukan berada dalam bidang ini, oleh kerana minatnya yang mendalam,beliau sanggup bersengkang mata setiap hari,setiap malam bagi memastikan renovasi rumahnya berjalan lancar.Hampir setiap kali habis tugasan dipejabat,beliau akan ke rumah barunya untuk memeriksa status rumah barunya yang sedang direnovasi dan setiap malam juga beliau akan ke merata-rata tempat mencari perabut dan kemasan untuk rumah nya. beliau juga akan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan berdiskusi sekiranya bertemu dengan sesuatu yang menarik perhatiannya.Secara berseloroh saya pernah bertanya “tak penat ke melakukan kerja sehingga lewat malam? Macam part time kontraktor dah?” dan jawapan yang agak mudah bagi beliau adalah”sekiranya kita minat,tiada apa yang memenatkan”. Saya agak teruja dengan persepsi beliau dan saya yakin ramai pembaca yang berminat pada rekaan dalaman juga tidak berkira dalam melakukan pengubahsuaian dari sudut masa dan tenaga.
Berbalik kepada focus asal yang ingin saya kongsikan dengan pembaca dalam sembang pereka kali ini adalah trend dan interior fesyen yang baru.Setiap tahun,jurureka dalaman akan sibuk membuat ramalan dan teka-teki berkenaan trend yang akan memasuki pasaran bagi tahun hadapan.Masing-masing lagak gayanya bagaikan tok nujum.saya juga tak terkecuali meramalkan apa yang panas dan apa yang sejuk tahun hadapan.
Melalui pengalaman saya sebagai jurureka dalaman,satu petua yang ingin saya kongsikan bersama pembaca(ini formula saya sendiri)sekiranya kita ingin meramalkan kemasukan gaya dan trend baru,samada dari sudut warna,tekstur atau potongan gaya,apa yang kita boleh lakukan adalah melihat kepada gaya fesyen pakaian yang popular,kerana dekor dan fesyen pakaian bergerak selari Cuma bezanya adalah “time limit”.peredaran fesyen pakaian lebih laju dari dekorasi.Sekiranya tahun ini gaya dan fesyen pakaian menjurus pada gaya retro,tahun hadapan,rekaan dalaman berunsur retro akan masuk pasaran dan sekiranya fesyen sophisticated,makanya trend itu juga akan menyusul tahun berikutnya.dan dari permerhatian saya,tahun ini,’blink-blink’ amat menguasai pasaran.justeru itu saya meramalkan hiasan tahun hadapan akan meriah dengan permukaan bersinar dan mengerlip.
Hiasan penuh glamour akan mendepani pesaing-pesaing lain.bayangkan sarung bantal yang penuh berlabuci,pasu yang mempunyai kemasan emas,perak,gangsa dan segala-galanya yang penuh refleksi.warna-warna ‘glamour’ susun atur bagaikan diva(mewah dan menggiurkan) dan ada yang mengatakan rekaan ‘over the top’.Ini antara trend yang akan menangkap minat pada masa terdekat.Langsir juga menuntut untuk ditatarias mengikut jenis fabric yang bersinar seperti kain taffeta,organza,dan sutera thai.sekali pandang kelihatan sepeti gaun malam yang dipakai di atas permaidani merah oleh bintang-bintang filem Hollywood.Penggunaan Kristal sebagai aksesori tambahan untuk pemidang atau lampu meja juga akan memperkuatkan ‘statement’ rekaan.Chandelier juga menjadi kembali popular dan sinonim dengan ruang dalaman.semua ini memberikan impak glamour dan menonjol.sengaja dibiarkan penggunaan cermin sebagai kemasan perabut menggantikan laminated finishes.ini bagi memberikan satu lagi bisikan mewah dan glam.Bagi yang peka pada persekitaran, pasti anda akan perasan,wall paper juga pada masa kini menyediakan pilihan untuk di tatah dengan batu-batu swarovski.Hebat bukan? Nampak grandeur. Dan saya namakan gaya ini ‘Blink-blink Glam’. Saya pernah juga berseloroh dengan rakan mengatakan tahun hadapan,gaya dayang nurfaizah akan mempengaruhi ruang dalaman(Iya lah,kan dayang nurfaizah sering bermandikan kilauan dan permata.Jangan marah dayang juga merupakan seorang penyanyi yang peka pada fesyen dan ini mebuatkan saya agak kagum dengan citarasanya)
Mungkin ini merupakan ramalan sahaja.Tetapi seperti yang saya pernah nyatakan dalam artikel saya terdahulu.Saya berharap benar satu hari nanti masyarakat yang peka pada ruang dalaman akan menghargai usaha saya untuk memperkenalkan fahaman’Interior fashion’.iaini pertukaran dekor yang kerap dan tidak memerlukan perbelanjaan besar(Sila rujuk artikel ‘Design to what’s next)
Azam.Setiap tahun memang menjadi lumrah setiap mereka yang mempunyai cita-cita akan berazam menjadi lebih baik dari sebelumnya.kalau diikutkan azam banyak betul perkara yang saya telah azam kan.Namun saya tetap bersyukur dengan pencapaian saya selama ini sungguhpun tidak sebesar mana.Saya faham,menjadi sesorang yang berjaya,bukan di diukur melalui destinasi tetapi perjalanan yang dilalui.Untuk itu saya benar-benar berusaha bagi menghasilkan sesuatu untuk disumbangkan kepada masyarakat dalam tahun 2009 ini(maklumlah tarikh mengakhiri zaman-zaman hidup berseorangan sudah semakin hampir)Saya harap pembaca semua mendoakan kejayaan saya mengumpul dan mengkompilasikan maklumat-maklumat penting berkenaan dunia dekorasi untuk memudahkan pembaca sekalian merujuk dan menambah ilmu.semoga azam dan cita-cita saya menghasilkan sebuah buku dekorasi tercapai dalam tahun 2009 ini.Bukan mudah memenuhi selera dan tuntutan pasaran pada masa ini dan oleh yang demikaan saya harap doa dan sokongan anda semua membuka jalan dan lembaran baru buat saya.Amin.
Baiklah saya mengucapkan selamat tahun baru dan semoga tahun hadapan membawa kegemilangan dalam hidup anda semua.Fahami individu disekeliling anda melalui ruang personal mereka.semoga ini akan lebih membuka mata dan fikiran kita untuk mendekati hiasan dalaman dengan lebih terperinci lagi.