Tuesday, June 10, 2008

Does size matter?


Claustrophobia.Biasa mendengar ungkapan sebegini? Mungkin bagi mereka yang kerap menonton rancangan Fear factor, perkataan ini agak lazim kedengaran.

Mengikut persepsi sesetengah pengkaji, masalah ini melibatkan psikologi dan rasa dalaman seseorang. Keadaan ini berbeza dari satu individu kepada individu yang lain dan dari retrospektif seorang pereka dalaman, apakah ramuan dan resepi bagi menanggani masalah sebegini. Inilah topic yang akan saya bincangkan dalam kolum saya pada kali ini.

Mengambil kira sesetengah anjuran dan pendapat yang dikeluar kan oleh pereka dalaman, warna,Pencahayaan dan pilihan perabut merupakan antara magis yang boleh dilakukan untuk mengatasai masalah kesempitan ruang

Warna memberi satu illusi optic yang dapat secara langsung menyampaikan pemesongan maklumat dan reaksi terhadap size ruang.Ini adalah norma neutral manusia.Otak kita memproses sesuatu maklumat berdasarkan pertimbangan yang diberikan oleh deria penglihatan.Kecil atau besar sesuatu ruang itu sering dinilai oleh minda berdasarkan apa yang diberitahu oleh pancaindera kita. Dan perkara pertama yg harus ditanggani adalah warna kerna inilah factor yang paling rapat dalam memberi keputusan dan penilaian.Mengupas isu ini dari sudut sains,setiap warna mempunyai frekuensi yang berbeza.perbezaan inilah yang boleh kita manipulasi untuk memberi impak yang berbeza. Mengambil contoh dua kumpulan warna iaini warna panas dan warna sejuk.Pada kebiasaan nya,bagi ruang yang terhad(saya tidak boleh menilai sesebuah ruang itu kecil atau besar kerana ianya subjektif-
sesetengah individu mengatakan sesebuah ruang itu besar dan mungkin bagi individu lain, ianya kecil)pemilihan warna dari kumpulan sejuk dapat merawat masalah kesempitan ruang.tambahan lagi pemilihan skima warna yang coherent bagi perabut dan soft finishing lain dapat memberi illusi optic seperti yang saya terangkan tadi.kerana apabila warna permukaan dinding,perabut dan semua soft finishing tergolong dari kumpulan warna yang sama, mata kita akan membaca ianya secara total dan isyarat yang dihantar ke minda memberitahu ruang itu adalah luas.

Resepi kedua adalah dari sudut pencahayaan.Sebagaimana jurusolek sering mengaplikasikan teknik shading untuk solekan malam dan teknik highlight bagi solekan siang,begitu jugalah ruang dalaman kita boleh disolekkan.Pendapat seperti sesetengah kawasan hendaklah ditonjolkan dan bagi ruang lain pula hendaklah disembunyikan amat sesuai digunakan untuk memberi keterampilan ruang yang berbeza terutama apabila ruang itu terhad.Penilaian ini agak sukar ditentukan tapi dengan bantuan pakar pencahayaan dan consultant,masalah ini bukan lagi rumit,sesetengah pembekal lampu dapat mencadangkan beberapa teknik seperti ukuran lux sesuatu lampu dan radius sinaran sesebuah mentol untuk digunakan.Ini pastinya dapat membantu kita untuk menampakkan keluasan sesebuah ruang.

Tips ketiga yang boleh saya bincangkan disini adalah cara pemilihan perabut yang dapat membantu meringankan “kesaratan” sesebuah ruang.satu cara yang kerap diguna pakai oleh pakar adalah menggunakan perabut intergrated.Cuba bayangkan apabila sofa yang boleh bertukar menjadi katil,almari yang bersalin kulit menjadi meja tulis dan meja kopi yang sekelip mata menjadi dining table.masing-masing lagak gaya seperti‘transformers’.Ini pastinya dapat menjimatkan ruang dan paling penting menjimatkan wang.Iyelah semuanya dua dalam satu dan barangkali 3 dalam satu.sebagai seorang pereka,inilah yang kerap kami utarakan kepada mereka-mereka yang berhadapan dengan masalah ruang terhad.

Namun,bagi saya,perkara yang paling penting dan menjadi ultimate dalam membantu menyelamatkan masalah ruang terhad ini adalah memanusiawikan ruang (saya gemar term ini)Sebagaimana yang saya faham dan telah saya sentuh dalam keluaran terdahulu,sesebuah ruang itu dinilai dari segi semangat ke’ruang’an itu sendiri.metaphor yang ingin saya bawa pada anda kali ini amat mudah.”apabila kita melihat seseorang individu,kebiasaannya kita akan menilai saiznya terdahulu.Tetapi pada hakikatnya karektor seseorang itu yang kita lebih pentingkan apabila kita berbual dan berurusan dengannya dan kita sebenarnya deal dengan karektor individu bukan dengan sizenya.”Begitu juga lah yang terjadi kepada sesebuah ruang.Bukan size ruang itu yang penting,tetapi karektornya yang menentukan samada kita selesa atau tidak. Fahamkan maksud saya?

Jadi konklusinya,Gabungan warna,pencahayaan, dan pemilihan perabut adalah cara anda untuk menjadikan ruang itu sebagai sebuah kawasan peribadi dan apabila anda telah jumpa formula untuk menampakkan ruang ini sebagai ruang anda,dan anda berasa selesa dengan nya, maka size bukanlah lagi persoalan.Betul kan?Dan secara psikologinya,anda akan dapat mengatasi masalah “kesempitan ruang’ dan rasa ketidakselesaan.Tiada lagi istilahClaustrophobic pada diri anda sendiri.

Kepada pembaca yang masih mengalami masalah dan kurang jelas dalam penerangan saya yang juga terhad dikolum ini, bolehlah menghantarkan masalah anda ke alamat email saya di deandaud@yahoo.com dan nantikan jawapan nya

1 comment:

Faze_fendy said...

wah2 bro...explanation sgt padat, bernas, practical..Mmm, trskn usaha lu bro for success future.. kitaorg akn sokong lu punya..Hidup dean, hidup dean n pergi mampus khairy coz rasuah byk..hahahahaha..