Monday, June 9, 2008

Mawi ?Apa kena mengena dengan Interior dan Aura


Apabila kita berbicara berkenaan aura,memang bunyinya agak skeptical apabila mawi sering di kaitkan.Tetapi saya kena akur bahawa ketrampilan mawi membawa satu anjakan atau lebih tepat lagi dialah yang mempopularkan perkataan aura. Waktu itu juga ramai masyarakat kita duk sibuk berbicara berkenaan aura.sampaikan makcik-makcik pun beriya-iya dengan lantangnya berkata aura itu aura ini.Tapi tahukah kita apa itu aura?

Pada hakikatnya aura ini juga disebut sebagai X-factor.

Bukan tujuan saya disini untuk mengupas dengan lebih lanjut apa itu aura,tapi pada dasarnya aura merupakan pancaran charisma seseorang.Dan mengikut pengertian yang lebih mudah,setiap manusia mempunyai keperibadian berbeda dan inilah factor yang seharusnya kita kaji dan saya sebagai pereka dalaman yakin bahawa kesesuaian ruang atau roh keruangan juga berbeza dari satu individu kepada individu yang lain.Mungkin bunyinya agak konsepsual tetapi apabila kita bercakap dari segi sains,masih kuat ingatan saya pada carta dipapan hitam ketika saya tingkatan 3,guru sains ada menerangkan gelombang electromagnet terhasil disekitar wayar elektrik apabila bateri dipasangkan dan arus melalui wayar eksperimen dan ini membuktikan betapa logiknya kewujudan aura apabila kita membicarakan tubuh badan kita yang mempunyai aliran darah(blood circulation) wah! terlebih sudah penerangan saya pada kali ini.berbicara dari sudut sains pula!macam doctor dan pakar sains. Tapi inilah dunia dekor yang ingin sekali saya bawakan ke satu tahap yang ekstrem dan bukan hanya dinilai dari faktor warna,konsep dan perabut sahaja.tetapi lebih kompleks dan posh! Inilah yang dikatakan.Inovasi!

Bayangkan ruang anda juga mempunyai aura tersendiri.Menarik bukan?Selaku Pereka Dalaman,saya sering ‘berangan-angan’ untuk mengubah dunia dekor ini menjadi lebih menakjubkan dan bukan stereotype.Oleh itu,saya sering mencuba sesuatu pendekatan baru dalam mengubahsuai ruang dalaman.Pendekatan terkini yang berkait rapat dengan aura menjadi tujuan dan destinasi saya buat ketika ini.dan Chromatologist merupakan gelaran yang saya sedang usahakan.

Bagaimana aura dan dekor dapat disatukan?inilah persoalan yang saya ingin saya kupas di sembang pereka pada kali ini.Kolabrasi antara seorang JURUREKA DALAMAN dan pakar metafizik menjadikan bidang hiasan dalaman berada di tahap yang lebih ekslusif.Kecanggihan dalam Teknologi yang membolehkan anda mengetahui parameter warna aura anda dan yang lebih menarik lagi,apabila anda telah mengetahui pancaran warna aura,maka pakar chromatologist akan membantu anda untuk mencadangkan warna yang sesuai bagi membangkitkan kehebatan atau potensi diri .Maka secara optimistiknya jurureka dalaman dapat memanusiawikan ruang anda sendiri mengikut aura yang terlah diperiksa.

Warna mempunyai frekuensi yang berbeza dan atas sebab inilah keperluan warna yang berbeda hendaklah ditentukan agar bersesuaian untuk memastikan mood yang diperolehi sejajar dengan kehendak nurani.

Merujuk kepada warna-warna yang ada pada pelangi,ada 7 warna yang mewakili 7 frekuensi dan fungsi.saya juga mendalami kaedah reiki iaini kaedah rawatan alternative untuk emosi secara metafizik.Melalui kaedah ini, tubuh badan manusia juga mempunyai 7 senggatan warna iaini,violet untuk umbun2,ungu untuk kepala,biru untuk kerongkong,hijau untuk hati,kuning kawasan antara hati dan perut ,jingga di kawasan perut, dan merah di kawasan sistem pembiakan.kaitan antara warna ini dan dorongan mood akan saya contohkan dalam beberapa eksperimen mudah yang telah saya lakukan.

Beberapa rahsia yang selama ini saya ingin benar kongsikan kepada pembaca akan saya terangkan disini.

Pertama,apabila kita mengusahakan perniagaan yang berkaitan dengan makanan,warna yang paling sesuai adalah kuning. Mengapa? Kerana apabila warna kuning banyak digunakan dalam ruang dalaman sesebuah kedai makan atau restoren, ianya akan membangkitkan keinginan untuk makan. Dan hal ini akan menguntungkan para peniaga.Wah! rahsia pelaris(jangan salah anggap).

Kedua,Apabila kita mengalami masalah insomnia,cuba kita usahakan untuk mengubahsuai bilik kita menggunakan warna-warna violet atau ungu kerana frekuensi warna-warna sebegini akan membantu minda kita berehat dan tidur dengan lena,anda boleh menggunakan warna ungu untuk langsir, cadar atau dinding di kamar beradu bagi mendapatkan tidur yang enak di buai mimpi indah.

Ketiga,andainya anda mempunyai sebuah firma atau pejabat,saya mencadangkan agar menghindari warna merah di dalam bilik mesyuarat atau bilik diskusi, walaupun ianya merupakan warna korporat anda,aplikasi warna merah itu akan menjadikan suasana tegang didalam bilik mesyuarat dan ini pasti menyukarkan ahli panel atau staff ketika mesyuarat diadakan.

Nah,itu baru tiga contoh mudah yang saya utarakan secara general, dan untuk sesetengah kes,anda yang ingin mendapatkan skema warna yang sesuai untuk ruang peribadi anda, boleh mencuba praktikaliti aura ini. Pasti membuahkan hasil.Logik bukan apabila kita memperkatakan bahawa warna mempengaruhi mood seseorang.Jangan pula nanti ada pembaca yang kata Dean daud ni omomg kosong aje dalam kolum sembang pereka

Jadi tak silap la apabila usaha saya memperkenalkan satu aliran baru dalam mengubah warna bagi ruang dalaman mengikut aura tuan empunya ruang.Mana lah tahu satu hari nanti,kaedah ini menjadi satu kaedah guna pakai yang amat praktikal untuk setiap pengubahsuaian ruang dalaman. Dalam kaca mata saya,bagi suri rumah, mungkin setiap bilik anak akan ditentukan skema warna mengikut karektor dan aura anak,mungkin juga kaedah pemilihan warna ini juga dapat membantu keharmonian rumah tangga.Siapa tahu pada masa akan datang,mungkin kecemerlangan sesebuah organisasi dapat di serlahkan lagi hasil bantuan jurureka dalaman/chromatologist ketika menentukan warna untuk premis masing-masing.makanya bagi staf-staf,musim hujung tahun menjadi musim bonus yang cemerlang,gemilang dan terbilang!

Kepada para pembaca,mungkin merasa teruja dengan aplikasi baru dalam mengubahsuai ruang dalaman anda kerana selama ini,kita sering di dedahkan dengan pilihan konsep untuk menentukan sesebuah ruang dan saya berasa berbesar hati untuk sama-sama menjalankan eksperimen ini bersama-sama anda.

Oleh hal yang demikian,saya mempelawa kepada pembaca untuk mendapatkan dan menerokai pengalaman baru dalam menghias ruang dalaman anda kerna saya yakin anda mempunyai aura yang berbeza dan unik antara satu sama lain.Mungkin juga boleh membantu menyelesaikan masalah keharmonian dalaman(wah macam nak ganti cik sri siantan pula)Kepada tokoh korporat atau mereka yang ingin membuka premis perniagaan atau ofis, saya anjurkan kepada anda untuk mencuba pendekatan ini. Kepada pembaca yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, boleh menghantarkan kemusykilan anda ke alamat e mail saya deandaud@yahoo.com.my
Selamat Mencuba!

No comments: