Saturday, April 11, 2009
Wednesday, March 18, 2009
20hb Mac. Genap sebulan dari tarikh istimewa,deandaud design melancarkan barangan fesyen dekorasi rumah untuk anda semua.Berpegang pada prinsip 'mampu milik'.deandaud design menawarkan pilihan barangan berkualiti dan 'up market' kepada anda.Sila buat tempahan dan nikmati dekorasi terkini dalam melengkapkan keindahan ruang dalaman anda.tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 0182099950 atau e-mailkan tempahan anda ke alamat e mail deandaud@yahoo.com-
Wine Glass(replica) - Rm 130.00 (Huge)
Wine Glass (replica) - Rm 30.00 (Small)
Sexy Glass Bowl -Rm 100.00
Glass Bowl 1 -Rm 120.00(tall) Glass Bowl 2 - Rm110.00
Glass Vase 1 - Rm 120.00(big)
Glass Vase 2 - Rm 80.00(medium)
Saturday, March 7, 2009
Floor lamp serendah Rm800.00

Thursday, February 12, 2009
Krisis Ekonomi-Jom Main pondok-pondok!

Angka 8 membawa ‘ong’.Inilah antara kepercayaan rata-rata masyarakat cina.makanya berebut-rebutlah kebanyakan antara mereka yang berhempas pulas mendapatkan sebanyak mungkin angka lapan di nombor telefon bimbit,nombor rumah malah nombor plat kereta.Namun entah secara kebetulan atau ada cerita tersirat disebalik hakikat keindahan angka lapan ini.Perasankah antara pembaca sekalian sekitar tahun 1988,1998 dan 2008,Krisis ekonomi berlaku genap setiap 10 tahun samada diskala global atau perimeter benua asia sahaja.Pelik tapi benar kan?Mungkin ini bukan kepakaran saya untuk tuntas merungkai misteri disebalik angka keramat ini.
Itulah antara bait-bait “bijak pandai” yang cuba saya titipkan bagi pembuka bicara dalam artikel sembang pereka kali ini.Bak kata budak-budak apabila bermain pondok-pondok ” Konon-konon nak tunjuk terror”.Dalam pada kita ralit berhadapan dengan krisis ekonomi,selaku jurureka dalaman,saya turut memikirkan apa cara terbaik untuk kita menghadapinya.iyalah waktu-waktu ekonomi merundum,takkan semua kerja tergendala,takkan rumah kita sendiri pun muram suasana tanpa sentuhan idea baru dan segar.Justeru saya tiba-tiba mendapat idea untuk menulis artikel saya kali ini be’resepi’kan krisis ekonomi.
Kalau pembaca masih ingat,sewaktu zaman kecil-kecil dulu(sebelum permainan sega,nintendo,playstation,wii dan bemacam-macam lagi menguasai pasaran)Apakah permainan yang agak ‘fofular’ dikalangan kanak-kanak?Pastinya dalam sepuluh senarai permainan termasyhur,permainan pondok-pondok merupakan antara ‘top of chart’ kan? Dunia fantasi kekeluargaan di adaptasi dalam permainan.Lucu
Secara jujurnya,Banyak perkakas rumah yang kita miliki tetapi kita tidak perasan akan kewujudan nya atau dalam kata yang lebih mudah,tak tau pun yang benda alah ni berguna untuk memperindah kediaman kita.Nah!inilah masanya kita bereksplorasi dan bereksperimentasi dengan perkakas dan perabut lama.
Umpama bermain pondok-pondok,suai-padanan antara perabut yang terperap dalam stor atau mempergunakan barangan kitar semula sebagai aksesori mungkin boleh membuktikan kita semakin bijak menanggani kebuntuan mendekorasi rumah.analoginya mudah,cuba bayangkan ketika anda menyelongkar almari lama nenek dan anda”sebat” kebaya pendek milik nenek,tambah pula anda jumpa cucuk sanggul nenek,makanya anda padankan dengan “bolero” yang baru dibeli.Pastinya kelihatan “vogue” dan fusion.Kan sesuatu yang segar! Pernah satu ketika saya kerumah teman saya-abang mie, dan apa yang mengejutkan saya adalah kreativitinya dalam mempergunakan bahan sekitar dalam mendekorasi rumah.Unik apabila penyapu lidi yang di sembur pewarna putin dan ditaburi manik menjadi perhiasan menggantikan jambangan bunga didalam pasu.Aneh tetapi menggiurkan.
Barangkali ada sesetengah dari pembaca lebih “berkenan’ dengan konsep dan style moden.Tapi sebenarnya kalau pembaca sekalian mencuba langkah berani dalam menggabungkan perabut moden dan sedikit padanan perabut antik,ideanya agak segar dan menakjubkan.Inilah yang membawa kita ke satu aras baru dalam penerimaan nilai estetik dekorasi.Makanya kita bolehlah menggunakan barangan lama yang pada awalnya kita rasakan sudah “out dated”.
Saya juga sejak kebelakangan ini menggunakan barangan lama dan terpakai dalam mendekorasi kediaman sendiri dan sesekali memberi cadangan kepada beberapa kenalan.Selain dapat menambahkan kreativiti dan keseronokkan bereksperimen,ianya juga dapat menjimatkan wang.Antara inovasi yang Berjaya dilakukan adalah teko lama yang pastinya kelihatan indah setelah ditataris dengan manik-manik berlian.langsir lama yang digabung dan di ubah suai menjadi idea baru,sarung kusyen yang ditambah aksesori buatan sendiri serta juraian manik yang di gabungkan menjadi pemidang.Inilah antara sumbangan saya dalam menghadapi perperangan menyelamatkan wang ketika krisis ekonomi dan dalam masa yang sama memastikan dekor tidak muram dan stagnant.Inilah konsep pondok-pondok kitar semula.
Tuesday, January 27, 2009
new baby . new design . new project by dean daud design

Kolaborasi antara design dan fesyen. seperti yang sering di war-warkan oleh saya membawa saya ke satu langkah lagi di arena dekorasi.Di uji dengan expectation yang tinggi untuk menyediakan bilik bagi cahayamata pertama pelakon tersohor-ERRA FAZIRA.amat mengujakan dan mendebarkan...(maklumlah beliau ni seorang yang mempunyai citarasa tinggi dalam menentukan fesyennya.beliau merupakan ikon fesyen.Saya amat khuatir sekiranya tidak dapat memuaskan hati dan citarasanya) Namun apa yang lebih mengejutkan lagi adalah ERRA FAZIRA merupakan seorang yang tidak cerewet dan mendengar pandangan orang lain-amat menyenangkan..HHMMMMM kalau lah semua pelanggan sebegini...nyamannya dunia.
IERA-seorang kenalan saya yang amat rapat dengan primadona filem ini membawa satu lagi peluang dan kesempatan untuk DEANDAUD DESIGN bereksperimen dan menguji tahap kreativiti...makanya satu lagi projek terhasil dan saya amat gembira kerana inilah tujuan dan harapan saya dalam bidang ini.. menghasilkan satu pembawakan baru dalam dunia dekorasi.Tetapi saya benar-benar meminta maaf,kerna janji saya untuk menghormati privasi beliau,saya terpaksa menyimpan gambar-gambar bilik cahayamata pertama ERRA FAZIRA dan ENGKU EMRAN ini dalam simpanan peribadi sahaja.namun gambar kenangan saya dan beliau ada sisisipkan disini....
Tuesday, December 30, 2008
Pertandingan merekabentuk kulit buku

Thursday, December 25, 2008
Tahun Baru,rumah baru trend baru azam pun baru

Bercakap tentang minat,,saya mempunyai cerita berkenaan rakan baik saya,izwan yang akan masuk ke rumah baru pada awal tahun hadapan.Yang menariknya cerita berkenaan izwan ini,walaupun beliau telah menggunakan khidmat konsultansi dari saya dan beliau bukan berada dalam bidang ini, oleh kerana minatnya yang mendalam,beliau sanggup bersengkang mata setiap hari,setiap malam bagi memastikan renovasi rumahnya berjalan lancar.Hampir setiap kali habis tugasan dipejabat,beliau akan ke rumah barunya untuk memeriksa status rumah barunya yang sedang direnovasi dan setiap malam juga beliau akan ke merata-rata tempat mencari perabut dan kemasan untuk rumah nya. beliau juga akan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan berdiskusi sekiranya bertemu dengan sesuatu yang menarik perhatiannya.Secara berseloroh saya pernah bertanya “tak penat ke melakukan kerja sehingga lewat malam? Macam part time kontraktor dah?” dan jawapan yang agak mudah bagi beliau adalah”sekiranya kita minat,tiada apa yang memenatkan”. Saya agak teruja dengan persepsi beliau dan saya yakin ramai pembaca yang berminat pada rekaan dalaman juga tidak berkira dalam melakukan pengubahsuaian dari sudut masa dan tenaga.
Berbalik kepada focus asal yang ingin saya kongsikan dengan pembaca dalam sembang pereka kali ini adalah trend dan interior fesyen yang baru.Setiap tahun,jurureka dalaman akan sibuk membuat ramalan dan teka-teki berkenaan trend yang akan memasuki pasaran bagi tahun hadapan.Masing-masing lagak gayanya bagaikan tok nujum.saya juga tak terkecuali meramalkan apa yang panas dan apa yang sejuk tahun hadapan.
Melalui pengalaman saya sebagai jurureka dalaman,satu petua yang ingin saya kongsikan bersama pembaca(ini formula saya sendiri)sekiranya kita ingin meramalkan kemasukan gaya dan trend baru,samada dari sudut warna,tekstur atau potongan gaya,apa yang kita boleh lakukan adalah melihat kepada gaya fesyen pakaian yang popular,kerana dekor dan fesyen pakaian bergerak selari Cuma bezanya adalah “time limit”.peredaran fesyen pakaian lebih laju dari dekorasi.Sekiranya tahun ini gaya dan fesyen pakaian menjurus pada gaya retro,tahun hadapan,rekaan dalaman berunsur retro akan masuk pasaran dan sekiranya fesyen sophisticated,makanya trend itu juga akan menyusul tahun berikutnya.dan dari permerhatian saya,tahun ini,’blink-blink’ amat menguasai pasaran.justeru itu saya meramalkan hiasan tahun hadapan akan meriah dengan permukaan bersinar dan mengerlip.
Hiasan penuh glamour akan mendepani pesaing-pesaing lain.bayangkan sarung bantal yang penuh berlabuci,pasu yang mempunyai kemasan emas,perak,gangsa dan segala-galanya yang penuh refleksi.warna-warna ‘glamour’ susun atur bagaikan diva(mewah dan menggiurkan) dan ada yang mengatakan rekaan ‘over the top’.Ini antara trend yang akan menangkap minat pada masa terdekat.Langsir juga menuntut untuk ditatarias mengikut jenis fabric yang bersinar seperti kain taffeta,organza,dan sutera thai.sekali pandang kelihatan sepeti gaun malam yang dipakai di atas permaidani merah oleh bintang-bintang filem Hollywood.Penggunaan Kristal sebagai aksesori tambahan untuk pemidang atau lampu meja juga akan memperkuatkan ‘statement’ rekaan.Chandelier juga menjadi kembali popular dan sinonim dengan ruang dalaman.semua ini memberikan impak glamour dan menonjol.sengaja dibiarkan penggunaan cermin sebagai kemasan perabut menggantikan laminated finishes.ini bagi memberikan satu lagi bisikan mewah dan glam.Bagi yang peka pada persekitaran, pasti anda akan perasan,wall paper juga pada masa kini menyediakan pilihan untuk di tatah dengan batu-batu swarovski.Hebat bukan? Nampak grandeur. Dan saya namakan gaya ini ‘Blink-blink Glam’. Saya pernah juga berseloroh dengan rakan mengatakan tahun hadapan,gaya dayang nurfaizah akan mempengaruhi ruang dalaman(Iya lah,kan dayang nurfaizah sering bermandikan kilauan dan permata.Jangan marah dayang juga merupakan seorang penyanyi yang peka pada fesyen dan ini mebuatkan saya agak kagum dengan citarasanya)
Mungkin ini merupakan ramalan sahaja.Tetapi seperti yang saya pernah nyatakan dalam artikel saya terdahulu.Saya berharap benar satu hari nanti masyarakat yang peka pada ruang dalaman akan menghargai usaha saya untuk memperkenalkan fahaman’Interior fashion’.iaini pertukaran dekor yang kerap dan tidak memerlukan perbelanjaan besar(Sila rujuk artikel ‘Design to what’s next)
Azam.Setiap tahun memang menjadi lumrah setiap mereka yang mempunyai cita-cita akan berazam menjadi lebih baik dari sebelumnya.kalau diikutkan azam banyak betul perkara yang saya telah azam kan.Namun saya tetap bersyukur dengan pencapaian saya selama ini sungguhpun tidak sebesar mana.Saya faham,menjadi sesorang yang berjaya,bukan di diukur melalui destinasi tetapi perjalanan yang dilalui.Untuk itu saya benar-benar berusaha bagi menghasilkan sesuatu untuk disumbangkan kepada masyarakat dalam tahun 2009 ini(maklumlah tarikh mengakhiri zaman-zaman hidup berseorangan sudah semakin hampir)Saya harap pembaca semua mendoakan kejayaan saya mengumpul dan mengkompilasikan maklumat-maklumat penting berkenaan dunia dekorasi untuk memudahkan pembaca sekalian merujuk dan menambah ilmu.semoga azam dan cita-cita saya menghasilkan sebuah buku dekorasi tercapai dalam tahun 2009 ini.Bukan mudah memenuhi selera dan tuntutan pasaran pada masa ini dan oleh yang demikaan saya harap doa dan sokongan anda semua membuka jalan dan lembaran baru buat saya.Amin.
Baiklah saya mengucapkan selamat tahun baru dan semoga tahun hadapan membawa kegemilangan dalam hidup anda semua.Fahami individu disekeliling anda melalui ruang personal mereka.semoga ini akan lebih membuka mata dan fikiran kita untuk mendekati hiasan dalaman dengan lebih terperinci lagi.


