Thursday, February 12, 2009

Krisis Ekonomi-Jom Main pondok-pondok!


Angka 8 membawa ‘ong’.Inilah antara kepercayaan rata-rata masyarakat cina.makanya berebut-rebutlah kebanyakan antara mereka yang berhempas pulas mendapatkan sebanyak mungkin angka lapan di nombor telefon bimbit,nombor rumah malah nombor plat kereta.Namun entah secara kebetulan atau ada cerita tersirat disebalik hakikat keindahan angka lapan ini.Perasankah antara pembaca sekalian sekitar tahun 1988,1998 dan 2008,Krisis ekonomi berlaku genap setiap 10 tahun samada diskala global atau perimeter benua asia sahaja.Pelik tapi benar kan?Mungkin ini bukan kepakaran saya untuk tuntas merungkai misteri disebalik angka keramat ini.

Itulah antara bait-bait “bijak pandai” yang cuba saya titipkan bagi pembuka bicara dalam artikel sembang pereka kali ini.Bak kata budak-budak apabila bermain pondok-pondok Konon-konon nak tunjuk terror”.Dalam pada kita ralit berhadapan dengan krisis ekonomi,selaku jurureka dalaman,saya turut memikirkan apa cara terbaik untuk kita menghadapinya.iyalah waktu-waktu ekonomi merundum,takkan semua kerja tergendala,takkan rumah kita sendiri pun muram suasana tanpa sentuhan idea baru dan segar.Justeru saya tiba-tiba mendapat idea untuk menulis artikel saya kali ini be’resepi’kan krisis ekonomi.

Kalau pembaca masih ingat,sewaktu zaman kecil-kecil dulu(sebelum permainan sega,nintendo,playstation,wii dan bemacam-macam lagi menguasai pasaran)Apakah permainan yang agak ‘fofular’ dikalangan kanak-kanak?Pastinya dalam sepuluh senarai permainan termasyhur,permainan pondok-pondok merupakan antara ‘top of chart’ kan? Dunia fantasi kekeluargaan di adaptasi dalam permainan.Lucu kan? Saya memang agak senang bercampur rakan-rakan sekeliling yang bermain pondok-pondok.(maklumlah adik-beradik semua kaum hawa)Untuk pengetahuan pembaca sekalian,antara kegemaran saya ketika itu adalah melengkapkan props rumah tangga.(rasanya dunia dekorasi memang dah berada dalam darah daging sejak kecil)Saya rasa puas apabila dapat mendekorasi sesebuah kawasan permainan itu menjadi lengkap seperti sebuah rumah yang terdiri dari bilik tamu, bilik tidur,ruang makan dan sebagainya.Hari ini,apabila terimbas semula kenangan-kenangan silam seperti ini,saya secara tidak langsung mendapat idea untuk mendekorasi rumah mengikut konsep pondok-pondok-iaini menyuai-padankan susunan perabut ketika kita sibuk berhadapan dengan krisis ekonomi.Tentu pembaca tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba DeanDaud sampaikan kan?

Secara jujurnya,Banyak perkakas rumah yang kita miliki tetapi kita tidak perasan akan kewujudan nya atau dalam kata yang lebih mudah,tak tau pun yang benda alah ni berguna untuk memperindah kediaman kita.Nah!inilah masanya kita bereksplorasi dan bereksperimentasi dengan perkakas dan perabut lama.

Umpama bermain pondok-pondok,suai-padanan antara perabut yang terperap dalam stor atau mempergunakan barangan kitar semula sebagai aksesori mungkin boleh membuktikan kita semakin bijak menanggani kebuntuan mendekorasi rumah.analoginya mudah,cuba bayangkan ketika anda menyelongkar almari lama nenek dan anda”sebat” kebaya pendek milik nenek,tambah pula anda jumpa cucuk sanggul nenek,makanya anda padankan dengan “bolero” yang baru dibeli.Pastinya kelihatan “vogue” dan fusion.Kan sesuatu yang segar! Pernah satu ketika saya kerumah teman saya-abang mie, dan apa yang mengejutkan saya adalah kreativitinya dalam mempergunakan bahan sekitar dalam mendekorasi rumah.Unik apabila penyapu lidi yang di sembur pewarna putin dan ditaburi manik menjadi perhiasan menggantikan jambangan bunga didalam pasu.Aneh tetapi menggiurkan.

Barangkali ada sesetengah dari pembaca lebih “berkenan’ dengan konsep dan style moden.Tapi sebenarnya kalau pembaca sekalian mencuba langkah berani dalam menggabungkan perabut moden dan sedikit padanan perabut antik,ideanya agak segar dan menakjubkan.Inilah yang membawa kita ke satu aras baru dalam penerimaan nilai estetik dekorasi.Makanya kita bolehlah menggunakan barangan lama yang pada awalnya kita rasakan sudah “out dated”.

Saya juga sejak kebelakangan ini menggunakan barangan lama dan terpakai dalam mendekorasi kediaman sendiri dan sesekali memberi cadangan kepada beberapa kenalan.Selain dapat menambahkan kreativiti dan keseronokkan bereksperimen,ianya juga dapat menjimatkan wang.Antara inovasi yang Berjaya dilakukan adalah teko lama yang pastinya kelihatan indah setelah ditataris dengan manik-manik berlian.langsir lama yang digabung dan di ubah suai menjadi idea baru,sarung kusyen yang ditambah aksesori buatan sendiri serta juraian manik yang di gabungkan menjadi pemidang.Inilah antara sumbangan saya dalam menghadapi perperangan menyelamatkan wang ketika krisis ekonomi dan dalam masa yang sama memastikan dekor tidak muram dan stagnant.Inilah konsep pondok-pondok kitar semula.

Kitar semula sebenarnya merupakan isu yang kerap dimainkan oleh aktivis pencinta alam.satu konsep yang membawa kepada kebaikan dan manfaat bersama.Selaku jurureka dalaman,kesedaran saya dan keprihatinan dalam menanggani isu ini menuntut saya mendidik anda untuk menyedari langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk sama-sama menyumbang kearah itu

No comments: