Tuesday, January 26, 2010

Berbantal Lengan Tidurku


Cindailah mana,tidak berkias,
Jalinnya lalu, rentak beribu
Bagailah mana hendak berhias,
Cermin ku retak seribu,

Mendendam unggas,liar dihutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilam ku emas, cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku.

Masih terngiang-ngiang lagi lagu berhantu-Cindai oleh Datuk Siti Nurhaliza,Cukup menyentuh jauh disudut hati ini,Pandai betul masyarakat melayu kita ini berkias. Cukup halus tetapi berkesan.Saja saya gurindamkan artikel penulisan saya ini menggunakan bait-bait lagu yang indah ini sebagai pembukaan.Pasti pembaca sekalian perasan bagaimana lirik yang disenandungkan didalam rangkap kedua menggambarkan betapa sungguhpun hidupnya cukup sempurna tetapi masih tak lena lagi tidurnya.Dan tajuk ini jugalah yang ingin saya kupaskan pada kali ini-Kamar tidur yang tampak sempurna tapi kecacatan fungsinya masih ada.

Kebiasaanya,rata-rata diantara kita akan melengkapkan ruang kamar mengikut syarat asas iaini mempunyai katil berserta meja sisi,meja solek dan almari pakaian.Maka ada antara kita yang akan berhabis beribu ringgit untuk menggambarkan kemewahan ruang kamar tanpa meneliti faktor kesesuaian.Sebenarnya ini bukan lah menyalahi hukum -hakam tetapi pada saya,sekiranya kita boleh mengelakkan kegagalan fungsi ruang,eloklah kita mengelakkan nya.Tak begitu?

Penelitian asas yang harus kita lakukan adalah untuk mengenal pasti hasil akhir ruang kamar.Persoalan nya bukanlah ‘bagaimana kamar kita akan kelihatan sekiranya kita limpahi dengan perabut yang mewah-mewah?’ tetapi kita seharusnya memulakan perancangan ruang kamar kita dengan menganalisa fungsi yang kita akan bawa kedalam ruang peribadi kita ini.Kita kena tahu menganggarkan saiz perabut yang harus kita pilih.Tidak boleh hentam keromo sahaja!

Masyarakat modern hari ini banyak melakukan aktiviti peribadi didalam kamar,ramai antara kita akan membawa masuk set televisyen untuk menonton wayang,ada sesetengah dari kita akan meletakkan mesin sukan seperti landasan larian di dalam bilik tidur.Ruang rehat juga menjadi salah satu pilihan dalam melengkapkan ruang kamar.Justeru itu,cukup kah perimeter ruang kamar yang telah sedia ada itu untuk menggalas kelengkapan perabut ini?Persoalan ini menjadi lebih rumit apabila kita menggagahi juga keputusan untuk meletakkan semuanya tanpa ada senarai dan kajian dalam menyelesaikan masalah ini.

Perkara utama yang saya sering tekan kan dalam menyusun atur orientasi kedudukan perabut adalah anthropometrik .Apa yang dimaksudkan dengan anthropometric merangkumi laluan yang cukup untuk pergerakkan, sudut capaian bagi aktiviti dan keselesaan kepenggunaan ruang.

Saya juga amat kesal apabila melihat ada antara kita ‘terpaksa’ mengorbankan keselesaan demi mencapai matlamat estetika.tanpa atau dengan kesedaran,ramai antara kita yang memilih menggunakan cadar dari kain taffeta atau sewaktu dengannya Jenis kain yang dalam bahasa pasarnya, kain kilat barat.saya tak mahu mengatakan pilihan ini salah, tapi selaku jurureka bentuk dalaman,tanggungjawab saya memastikan masyarakat agar cerdik menilai apa yang patut dan apa yang tidak.bayangkan kita yang duduk di dalam sebuah negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun ini terpaksa menyeksa diri tidur diatas katil yang dibaluti oleh fabrik yang tidak menyerap peluh, makanya demi mempertahankan citarasa untuk nampak cantik,kulit kita langsung lemas tak bernafas.Sekali lagi saya ingin tekan kan ianya bukan satu kesalahan tetapi lebih afdal kalau kita memilih cadar dan sarung bantal kita dari pilihan fabrik kapas.

Bercakap berkenaan fabric jenik kapas, terdapat pelbagai jenis kapas yang digunakan untuk menghasilkan cadar.Mengikut kajian dan perkongsian informasi bersama En.Nelson dari Yoong Onn bagi penghasilan cadar,,beberapa gred kain kapas telah digunakan dan yang terbaik setakat ini adalah benang kapas dari Egypt –Giza 45 dan Giza 70.Apa yang membezakan nya adalah tahap keselesaan yang ditawarkan.Bagi membezakan gred dan merasai keselesaannya, saya cadangkan pembaca sekalian untuk meneliti dahulu jumlah kiraan benang atau ‘thread count’ yang dicatatkan oleh pengeluar.semakin tinggi jumlah kiraan benang per inci, semakin selesa cadar itu.melalui jenama Jean Perry dan Louis Casa,Kebiasaannya jumlah ‘thread count’ 300-350/cm sq dilabelkan sebagai ‘Combed cotton’, 350-450/cmsq pula dilabelkan sebagai ‘cotton sateen’, ‘ Pure Cotton’ pula mempunyai 200-280/cm sq.Bagi mendapatkan lebih keselesaan,fabric ‘Jacquard’ boleh digunakan kerana ianya mempunyai kiraan benang sehingga 700/cm sq.

Selain daripada Cadar,perkara utama yang harus dititik beratkan adalah pemilihan tilam kerana kesilapan memilih tilam akan mengakibatkan gangguan tidur.Ianya menentukan tahap keselesaan anda,oleh hal yang demikian,anda hendaklah memilih tilam yang benar-benar sesuai untuk anda mengikut pandangan pakar kerana tubuh setiap antara kita memerlukan sokongan yang berbeza-beza.Perkara kedua yang perlu dititik beratkan adalah pemilihan bantal kerana pengeluar kebiasaannya menawarkan pemilihan isian bantal yang berbeza-beza.Antara yang saya dapat sebutkan disini adalah isian natural fiber seperti kapas ,polyester fiber, microfiber, bulu pelepah angsa dan pelbagai lagi.Sekiranya anda ingin membeli bantal, anda hendaklah mencuba dan pastikan keselesaan yang maksimum.satu tips untuk anda adalah memastikan ketika anda tidur, ada sedikit ketinggian 2 inci dari tilam ke tengkuk untuk aliran darah yang betul.Bagi memastikan setiap bantal dan tilam anda tahan lama, saya amat-amat mencadangkan agar anda menggunakan ‘pillow and mattress protector’..Kegunaan bagi kedua-dua aksesori adalah untuk membantu memanjangkan jangka hayatnya.Setelah semua perincian ini diteliti,barulah keselesaan anda untuk tidur dapat dijamin.

1 comment:

Unknown said...

butoh la gemuk...sembang kencang